~ Penafian: Ini bukan post bersifat racist atau mencela mana-mana agama. Cuma majoriti penduduk Islam di negara ini mahukan jawapan mengapa ianya berlaku. Suratan atau kebetulan?
Dominos Pizza merupakan satu jenama Pizza yang kian popular di Malaysia. Apa yang akan Oh! Tidak bangkitkan ini bukanlah berniat apa-apa, cuma anggaplah ia sebagai satu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak tertentu sebelum menjadi lebih serius lagi. Semalam, kami menerima gambar di bawah berkenaan Domino Pizza yang berbumbungkan sebuah gereja.
Gambar di bawah ini adalah Domino Pizza di Setiawan, Perak Darul Ridzuan.
* Anda boleh membaca kisah lengkap di blog ini DI SINI !!
Selepas melihat gambar ini, kami tidak rasa apa-apa dan mungkin ianya hanya kebetulan semata-mata. Lagipun kita ke Domino Pizza untuk makan dan kewujudan gereja di situ langsung tak menjadi apa-apa masalah. Maka kami biarkan ia begitu sahaja. Sehinggalah sebentar tadi kami menerima satu lagi gambar berikut dari followers OH! Media (melalui email).
Kali ini lokasinya di Kulaijaya,lokasinya di Bandar Putra. Jalan menuju ke IOI Mall. [ lihat gambar dibawah ]
Screenshot email yang kami terima
Bila dah dua gambar kami terima, apa yang boleh kami simpulkan ianya bukan kebetulan tetapi seakan disengajakan. Secara logiknya anda boleh fikirkan. Ini setakat 2 gambar yang kami terima. Berkemungkinan banyak lagi tempat di luar sana yang diwujudkan dengan keadaan yang sama. Apakah motif Dominos Pizza yang sebenarnya? Mohon pihak berkaitan menjelaskan agar keadaan tidak menjadi makin teruk.
Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Adakah ianya masih lagi kebetulan?
pihak Admin sertakan juga pandangan dari Ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus mengenai posting dari seorang follower beliau di facebook. lihat gambar di bawah.
Penjelasan :: Ustaz Azhar Idrus berkenaan artikel di Oh! Tidak. Post berkenaan
langsung tidak berkaitan dengan racist. Usahlah salah sangka. Ianya hanya sebagai
rujukan umat Islam di negara ini. Kita di Malaysia sememangnya hidup sayang-
menyayangi antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.
source :: oh ! media
:: http://www.aduanrakyat.com.my