20 April 2012

Kisah Kereta Kancil Power

Sebuah kereta Kancil telah didapati mengekori rapat dua buah kereta yang sedang berlumba, Ferrari dan Evo 7. Aksi ini memeningkan kepala polis yang membuat perangkap saman.


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan (PLUS) kelihatan sebuah kancil hitam tersadai di sebelah lane disebabkan oleh kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, iaitu pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tetapi malangnya, tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi



“Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?” tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. “A’ha rosak”, jawap pakcik tu simple aje….
“Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”, mamat Evo 7 nie bagi idea.
“Worrait gak tu..tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”
“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..Dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah kereta Ferrari datang dari belakang dan press minyak berdehem dehem kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie…lupa la pulak dia dengan kereta kancil orang tua yang diikat kat belakang kereta Evo 7 dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat kereta evo 7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya samankeretaa yg laju nie…
“Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah Ferrari, sebuah Evo 7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………sebuah kancil hitam tengah cucuk angin evo 7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!’
Hehehe kecil bukan sebarang kecil, kecil-kecil kancil, boleh juga cucuk Ferrari dan Evo 7. Kereta korang boleh? Hehehe. Lawak-lawak. Tak dapat aku nak gambarkan riak wajah polis yang tengah buat perangkap saman laju tu. 


Subhanallah! Tsunami Berbentuk Kabus

Subhanallah! Tsunami Berbentuk Kabus | Apabila menyebut tentang tsunami, kita pasti akan membayangkan derasan air yang datang daripada laut menghempas ke darat. Namun terdapat fenomena yang menakjubkan dirakam oleh seorang pemandu helikopter di Florida di mana kabus sejuk yang datang dari arah laut ini telah membentuk seperti ombak. Ia telah mewujudkan suasana seolah-olah bangunan-bangunan tersebut dilanggar oleh tsunami. Jom layan gambar tsunami berbentuk kabus. Subhanallah







Kalau dilihat dari jauh, seolah-olah kabus tersebut ingin menghempas ke arah bangunan tersebut, namun ia hanyalah ilusi kabus dan langsung tidak membahayakan sesiapa. Cuma ia mirip seperti ombak tsunami yang mahu menghempas ke darat.

17 April 2012

The Sky is Falling in Garie Australia

The photo has been taken by David Dullaway in 2009 at Garie, Australia. The huge storm was about to hit the beach. It looks like the sky is falling. So beautiful…However, I can’t imagine if the sky were really falling…


Pengajaran Dari Peristiwa Gempa Bumi

Pada hari Rabu tanggal 11 April 2012 kita semua sibuk bercerita tentang Majlis Penuh Istiadat Pertabalan Agung Yang Ke 14. Tiba-tiba kita digemparkan dengan tragedi gempa bumi yang berlaku di Lautan Hindi. Banyak negara dapat merasakan gegaran gempa bumi tersebut terutamanya di Aceh dan utara tanah air. Semua orang bimbang dan bersiap sedia untuk menghadapi tsunami setelah amaran tsunami dikeluarkan oleh badan-badan berwajib.






Ada yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daribanjir besar tsunami, sebahagian yang lain berdoa agar peristiwa tsunami yang mengorbankan banyak penduduk Aceh tidak berulang dan berlaku kepada mereka. Ramai juga yang menyebarkan fitnah-fitnah kononnya tsunami telah melanda Aceh dan sebahagian negara Lautan Hindi dengan teruknya.
Saya  merenung jauh bagi memikirkan bencana yang berlaku ini. Apabila dilihat pada orang Islam sekarang, walaupun bencana itu datang dengan teruk sekalipun sehingga menenggelamkan dunia ini, kebanyakan mereka masih lagi tidak mahu bertaubat dan mengikut ajaran Islam yang sebenar. Mereka tidak langsung berasa takut dan ingin bertaubat dari segala kesalahan yang telah dilakukan. Cuba kita lihat dari peristiwa tsunami yang lepas, tidak ramai orang yang mengalami dan melihat sendiri bencana tersebut bertaubat dan yakin terhadap kekuasaan Allah. Yang peliknya ada sebahagian sarjana beragama Islam mengeluarkan kenyataan bahawa ini bukan dari Allah dan ini hanya semata-mata bencana alam.
Jika kita lihat dari Al-Quran banyak ayat-ayat yang menjelaskan Allah menurunkan bencana yang besar bagi menenggelamkan umat-umat nabi dan rasul terdahulu atas sebab keingkaran mereka. Adakah itu juga kita kategorikan sebagai bencana alam walaupun telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud :
 “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Ruum ; 41)
Jangan hanya kita bercerita dengan penuh perasaan tentang gempa bumi atau bencana yang berlaku sebelum ini dengan penuh rasa belas kasihan kepada mangsa yang terlibat. Selain dari itu kita menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dialami oleh mangsa. Semua perbuatan ini bagus kerana kita menunjukkan sikap prihatin terhadap orang yang mengalami musibah tersebut. Alangkah baiknya jika kita bermuhasabah kembali kenapa Allah turunkan bala bencana seperti itu? Adakah disebabkan kejahatan yang telah dilakukan oleh manusia? Jika ya jawapannya, maka lebih baik kita bertaubat dan berusaha menjadi umat Islam yang bertakwa dan membuat sebanyak-banyaknya amalan kebaikan untuk bekalan kita menuju akhirat.
Alangkah ruginya kita, apabila kita mati nanti tidak ada amalan yang baik untuk dibawa ke akhirat bagi melepaskan kita dari dihumban ke dalam neraka. Di situ kita merayu dan menangis agar Allah melepaskan kita dari azab neraka agar dapat mengembalikan kita ke dunia untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin supaya kita tidak dimasukkan lagi ke dalam neraka Allah. Tetapi pada waktu itu kita sudah terlambat dan Allah tidak mengindahkan rayuan kita kerana di dunia dahulu berbagai-bagai peringatan telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran, tidak cukup dengan itu Allah mengutuskan Rasul sebagai pembawa khabar kebenaran untuk sekalian umat manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud :
 “Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (Apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: “Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami dengan membawa kebenaran, maka Adakah untuk Kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi Kami atau (bolehkah) Kami dikembalikan (ke dunia) supaya Kami dapat beramal, lain daripada apa yang Kami telah kerjakan?” Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.” (Al-Araf : 53)

24 March 2012

7 Godaan Iblis Ketika Sakaratul Maut


Dipetik dari buku: Rasulullah saw Bertanya, Iblis Menjawab…

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:

Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Ketika seseorang itu sedang bertarung dengan sakaratulmaut, maka akan datanglah rombongan Iblis iaitu....


Rombongan 1


Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2


Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3



Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4



Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5


Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6


Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7


Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”



19 March 2012

Fenomena Ekuinoks 20 Mac 2012



Hari esok, 20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM (Waktu Malaysia), akan berlaku fenomena Ekuinoks. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan Sep setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jadi, apakah sebenarnya berlaku ketika tarikh tersebut? Apakah kesannya terhadap kita di Bumi? 
Jom kita berkenalan sikit dengan Ekuinoks dalam bentuk Q&A.

Q: Kenapa ia dipanggil Ekuinoks?
A: Ia sebenarnya berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'.

Q: Kenapa ia boleh berlaku?
A: Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.


Q: Pada tarikh equinoks itu, di mana kedudukan matahari di langit?
A: Pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Q: Apa kesannya kepada penduduk di Bumi.
A: Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Q: Ada orang mengatakan pada tarikh ekuinoks ini, waktu siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam. Betul ke?
A: Sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana waktu matahari terbit dikira pada saat nampaknya 'bentuk' matahari di atas ufuk. Walhal posisi sebenarnya matahari di langit dikira pada titik tengah bulatan matahari.

Q: Maknanya?
A: Maknanya, matahari sebenarnya terbit 'lebih awal'. Perkara yang sama berlaku apabila ia terbenam, yang mana walaupun titik tengah matahari sudahpun berada di bawah ufuk, bentuk 'bulat' matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.

Q: Kalau begitu, maknanya matahari kelihatan di langit lebih sikit daripada 12 jam la ye?
A: Ya, betul. Dan ada lagi satu faktor iaitu serakan cahaya di atmosfera.

Q: Apa kesan serakan atmosfera terhadap cahaya matahari?
A: Perasan tak, apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya' sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

Q: Ok, maksudnya?
A: Maksudnya, contoh, katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, 'malam' sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.

Q: Ok, jadi adakah kesan yang sama berlaku pada waktu Subuh?
A: Ya, pada waktu Subuh, perasan tak, langit sebenarnya sudah mula terang SEBELUM matahari terbit di ufuk timur. Oleh itu, sama kes seperti yang tadi, 'malam sebenar' telahpun berakhir sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.

Q: Kalau begitu, siang di hari ekuinoks ialah lebih kurang beginilah ye, 12 jam + 1 jam lebih sikit + 1 jam lebih sikit, iaitu 14 jam!
A: Boleh juga dikatakan begitu, tapi jangan keliru pula!. 14 jam tu bukan bermaksud 14 jam matahari ada di atas langit!
14 jam itu ialah jumlah masa matahari berada di langit DAN waktu CAHAYA langitnya masih kelihatan selepas ia terbenam (iaitu waktu Maghrib hingga Isya, dan waktu Subuh hingga terbit mahatari). Matahari tetap terbenam pada waktu Maghrib seperti biasa.

(Foto menunjukkan keadaan langit masih cerah, walaupun matahari sudah terbenam. Photo credit: Mohd Redzuan Tahar)
Q: Selain dari di atas, apa faktor lain yang menyebabkan siang lebih panjang pada hari ekuinoks?
A: Faktor biasan cahaya oleh atmosfera kita, akan menyebabkan matahari masih kelihatan di ufuk, walaupun pada hakikatnya matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk.

(Gambarajah menunjukkan kedudukan matahari di ufuk dan kesian biasan atmosfera bumi)
Q: Jadi, adakah waktu solat kita akan berubah pada hari ekuinoks?
A: Ehh…. tidak sekali! Waktu solat kita tetap seperti sediakala, sepertimana di paparkan di laman web JAKIM. Tidak perlu kelam-kabut hantar SMS palsu!

Q: Saya tak kata nak hantar SMS pun!
A: Memangla, tapi pernah berlaku beberapa tahun lepas, di mana kecoh apabila ada SMS tersebar yang mengatakan waktu Maghrib sudah berubah pasal fenomena Ekuinoks itu!

Q: Ok, saya faham. Jadi, fenomena Equinoks ini berlaku tahun 2012 ini saja ke? Adakah ia ada kaitan dengan huru-hara 21.12.2012 !??
A: Laaa… mana ada kaitan pun! Ekuinoks ini sudah berlaku sejak wujudnya bumi dan matahari! Ia BUKANLAH fenomena baru! Ia sudah berlaku berulang-ulang kali! Lagipun huru-hara 2012 itu pun mengarut.

Q: Ye ke? Kenapa sebelum ini saya tak tahu? Mungkin NASA menyembunyikan sesuatu?
A: Laaa.. apa kena mengena dengan NASA pulak? Lain kali rajin-rajinlah membaca. Membaca amalam mulia!

Q: Ok ok, jangan marah. Terima kasih!
A: Sama-sama :-)




23 February 2012

Kisah Pemuda Meninggal Dalam Husnul Khotimah






Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di
bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. 

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah
tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan
Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah kita telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.