26 March 2013

Sejarah Hitam (Mat Komando)





 Mat Komando.

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.

Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itu kerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar Harian Metro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa. 

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando. 


Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.

Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.

Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis. 



Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu.

Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).

Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selamb
au dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.



Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.

Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.

Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan' Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.

Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.

Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmu selisih' yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung.

Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering' apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.

Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.

Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.

Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.

Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.

Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.



PENDUDUK kampung melihat keadaan bangsal tempat Mat Komando ditembak mati di Kampung Hujung Keton,Pendang,Kedah.



INFO


Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad


ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.


GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.


KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2


GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.


JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.


KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.







24 March 2013

Kronologi Bergambar Pahit Getir sepanjang 20 Hari Ops Daulat Berlangsung




       


2 Terkorban 3 Cedera  diserang di Kg Tanduo
musuh angkat bendera putih



Sambutan Jenazah Wira Negara di Pergerakan Udara Subang


Pemimpin No 1 Lawat OP Daulat


Pemimpin no 2 Turut bersama di Op Daulat


Cikgu yang menghina Pasukan Keselamatan termasuk yang sudah terkorban


Rayuan Salah Seorang Bapa Wira Negara yang terkorban

Tragedi Kampung Simunul


Antara Anggota Tentera yang maut


Tan Sri Khalid Abu Bakar Menyambung Tugas Tan Sri Ismail Omar di Lahad Datu


8 Pengganas Warga Asing didakwa atas tuduhan melancarkan Perang Keatas Yang Dipertuan Agong


Pengganas Sulu yang berjaya di Tangkap Hidup-Hidup


Pengganas Sulu Wanita yang ditangkap( Ditembak bertubi-tubi tetapi masih hidup)


Datu Amir Baha, Menteri Pertahanan Kesultanan Sulu

21 March 2013

GAMBAR OPS DAULAT 21 MAC 2013- UNTUK HEBAHAN MEDIA


Gambar Sekitar Ops Daulat 21 Mac 2013 Di Tanjung Batu. Gambar ini dikeluarkan Sendiri Oleh Mindef Untuk Hebahan Media.







Sumber-Kementerian Pertahanan

20 March 2013

NGERI : Pengalaman Ketua Kampung Memindahkan Mayat Pengganas Sulu






PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu  tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.
Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.


mayat_3



Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.


"Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.


"Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.


” Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya




Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.
Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.
Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.
Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.
Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.
” Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.
” Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.
mayat_1

Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.
Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.
Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.



”Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.
” Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.
Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.
Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.
Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.
” Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.
”  Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
” Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya. 

lihat video di sini dan sini










18 March 2013

Pengorbanan Komando Malaysia menawan Pulau Layang -Layang

Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar  di rantau Asia Tenggara . Ini kerana selain negara Asean seperti  Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga  menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.

Bagi negara tercinta kita Malaysia ,  hanya Pulau Layang-Layang  menjadi  lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan hingga kini  .

Awal tahun 80 an , tiada pun pulau layang -layang ini  .Yang ada hanyalah  terumbu karang. Tetapi hasil  kebijaksanaan bekas Perdana Menteri ketika itu iaitu negarawan ulung Tun Dr Mahathir , beliau   mengarahkan pasukan komando kita menawan terumbu itu & jadikan ia sebuah pulau .

Langkah pantas Tun mengarahkan tentera kita menguasai pulau berkenaan membuktikan kedaulatan negara sentiasa dilindungi kerajaan . 


1. Awal tahun 80an dahulu mana ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.

 2.Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.

 3.Maka terkial-kial lah ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.

 4.Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada.

 5.Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat.




 6.Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

 7.Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.

 8.Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.

 9.Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.

 10. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.

 11. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.

12. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.

13.Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

 14.Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.

 15.Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.

 16.Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.  

17.Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah. 

 INSIDEN DI STESYEN LIMA

 18.Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil. 38.Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam.

 19.Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.

 20.Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China.

 21.Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketengangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi langkah-langkah keselamatan tetap diambil. .

29 November 2012

Seram! Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting


Seram! Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting | Mungkin ada di antara kita  masih tidak mengetahui tentang sebuah kisah seram yang berlaku di sekitar Masai, Johor. Maka kali ini kisahbest.my mahu mengajak anda mendengar sebuah cerita berkisar tetang misteri kehilangan rumah banglo yang pernah mengemparkan suatu ketika dahulu. Walaupun cerita ini sudah lama, namun ia masih lagi segar di ingatan kerana kehilangan banglo tersebut menjadi bualan misteri sehingga ke hari ini.
Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi ‘berisi’ mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?
                                            Apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.

                                               Sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011
HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.
Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.

Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.
Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.
“Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.
Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.
Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,
Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam“.. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.
Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It’s means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..
Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses ‘hand over keys’ tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam”
Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yang di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite tu, tapi entah la erk.