18 December 2011

Mak Nyah Malaysia Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh


Pastinya sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama islam secara amnya dan tiada orang lain yang lebih malu jika bukan keluarganya sendiri.
Dilahirkan dengan jantina lelaki dan nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari kini Fatine yang berada di London takut untuk pulang ke Malaysia selepas pelbagai reaksi negatif tentang perkahwinannya dengan seorang lelaki warga Britain.
“Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya,”
“Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku,” kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.
-mstar-
Adakah cukup dengan kemaafan yang Fatine luahkan dan semudah itu keluarganya untuk memaafkan kesilapan  tersebut? Mungkin kemaafan akan diterima oleh keluarganya jika ada keinsafan dalam diri Mohammed Fazdil untuk kembali sebagai seorang lelaki dan memutuskan perkahwinan dengan lelaki warga Britain itu.
“Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan “tidak dapat menerima orang sepertinya”
Ini bukan soal nilai orang melayu tetapi ini soal agama perkahwinan antara lelaki dengan lelaki. Sesuatu yang luar tabii manusia yang dilarang keras dalam Islam sebagaimana yang kita tahu bagaimana Allah telah melaknat kaum nabi luth yang berpasangan sesama jantina.
Adakah perkahwinan lelaki dengan lelaki itu sesuatu yang moden??
Mohamed Fazdil (Fatine) berusia 36 tahun telah berkahwin dengan Ian Young, 30 warga Britain pada Mei yang lalu.

Permohonannya untuk mendapatkan visa “leave to remain” di Uk juga telah ditolak beberapa kali dan kemungkinan dia akan dihantar pulang ke Malaysia.
Semua orang membuat kesalahan dalam hidup dan selagi nyawa dikandung badan pintu taubat untuk kembali ke jalan yang lurus masih terbuka untuk Mohammed Fazdil dan rakyat Malaysia juga boleh menerimanya jika anda benar-benar insaf.
Jangan harap untuk menerima kemaafan dari rakyat Malaysia jika hanya kata-kata maaf diluahkan tanpa kembali ke jalan yang benar.
Apa kata-kata nasihat anda kepada Mohammed Fazdil supaya dia kembali ke pangkal jalan? Cemuhan bukan jalan penyelesaian.

No comments: