26 July 2011

Crop Sensor? Full Frame? Apa Bendanya Tu?


Mungkin ramai antara kita yang masih kurang jelas bahkan mungkin tidak pernah dengar langsung berkenaan dengan Crop Factor. Pentingkah Crop Factor ni? Jom kita sama-sama belajar. :)

PENGENALAN
Kebanyakan sensor kamera digital lebih kecil dari kamera filem biasa (ala…yg dulu-dulu tu, sebelum kamera digital banyak kat kedai). Kawasan tangkapan (area captured) setiap gambar dari kamera digital adalah lebih kecil daripada kamera filem.
Inilah sebabnya mengapa ia disebut crop factor. Sensor yang lebih kecil akan ‘memotong’ kawasan tangkapan gambar berbanding dengan kawasan tangkapan gambar dari filem 35mm. Nak faham lebih lanjut cuba lihat imej di bawah,

[www.fotogu.com] crop factor example 2
Kalau tengok gambar di atas, anggap gambar penuh tersebut adalah bersaiz 35mm pada standardnye..
Garisan PUTIH adalah sensor penuh (full frame) atau 1.0x crop factor
Garisan HIJAU untuk 1.3x crop factor
Garisan MERAH untuk 1.5x crop factor
Garisan BIRU untuk 1.6x crop factor

Kebiasaannya crop factor untuk kamera digital adalah bergantung kepada pengeluar. Contohnya:
  • Nikon banyak menggunakan 1.5x crop factor manakala;
  • Canon pula banyak mengeluarkan model dengan 1.6x crop factor.
  • Olympus pula menggunakan Four-Third lensa yakni dengan 2.0x crop factor.
Inilah juga menjadi sebab kamera digital memiliki viewfinder yang lebih kecil dari kamera filem 35mm. Walaupun nampak tak ketara tapi sebenarnye ade beza.
 Viewfinder pada SLR Filem viewfinder Digital SLR

Masih pening? Ok..ok.. macam ni.. dalam entri yg sebelum ni saya ada ajar bukan cara-cara nak baca tulisan pada badan lensa? Jadi saya anggap anda semua dah faham apa makna bila saya katakan lensa tersebut dengan 50mm atau 18-55mm bukan?

Pertama sekali anggap saya gunakan 2 kamera yang berbeza yakni kamera Nikon dengan 1.5x crop factordan satu lagi, kamera Canon dengan 1.6x crop factor.

Contoh paling mudah ialah katakan anda mengambil gambar dengan jarak fokal lensa 18mm pada kamera NIKON. Keluasan hasil gambar yang akan anda lihat adalah lebih besar berbanding gambar yang anda dengan jarak fokal lensa 18mm dengan kamera CANON. Mengapa? kerana crop factor kamera Canon lebihh besar nilainya.. Mudah bukan? :D

BAGAIMANA NAK TAHU CROP FACTOR BAGI SESEBUAH BODI KAMERA?
Ada beberapa cara mudah untuk anda kenal pasti crop factor bagi sesebuah bodi kamera:
  • Biasanya ada pada spesifikasi kamera dalam mana-mana promosi kamera tersebut.
  • Kalau tiada, tanya pada jurujual kamera tersebut.
  • Langkah paling selamat dan meyakinkan adalah tanya kepada abang Mr. Google kite :)

BOLEH BAGI CONTOH KAMERA DENGAN CROP FACTOR DAN FULL FRAME?
Bagi penggemar Canon:
Crop Factor List

















Bagi Penggemar Nikon:
Sumber: Kenrockwell

Dan Secara amnya:
1.3x – Canon EOS 1D/1D MkIIN
1.5x – Nikon D40/D50/D70/D70s/D80/D200/D2XD2Hs,Minolta 7D/Fuji S3 Pro
1.5x – Pentax *istDS/K100D/K110D/K10D
1.6x – Canon EOS 300D/400D/20D/30D
2.0x – Olympus E-400/E-500/E-300/E-1
CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

Fahami Jarak Fokal (Focal Length)


Apa-apa pun, hati ni  dah terlalu rindu dan berkongsi dengan semua pembaca Fotogu.Com.. Jadi, untuk entri kali Fotogu.Com akan  cuba berkongsi satu entri yang menjadi permintaan ramai yakni berkenaan dengan Jarak Fokal atau lebih dikenali dengan Focal Length.

Agak-agaknye la kan ape mende la jarak fokal ni? Haa..~ buat sesiapa yang ade kamera kompak atau DSLR.. cube lihat pada bahagian depan atau sisi lensa anda..Fotogu dah ajar kan cara nak baca tulisan pada lensa? ada tak tulisan yang lebih kurang mcm ni:

18-55 mm atau 18-135 mm atau 50 mm atau apa sahaja nombor (kebiasaannya pada DSLR)
ATAU
5.8–17.4 mm atau 4.6-16.8 mm atau apa sahaja nombor (kebiasaannya pada kamera kompak)
Fokal length[Gu] Jarak Fokal Kamera Kompak

Jadi apa maksud nombor-nombor ni? lagi besar lagi bagus? atau lagi kecil lagi bagus? Jawapannya semua terpulang kepada pengunaan masing-masing.. kemungkinan julat (range) yang lebih besar seperti 18-200mm disukai bagi sesetengah individu dan mungkin ada jurugambar yang lain lebih gemar menggunakan jarak fokal yang tetap (fixed) seperti 50mm. Pendek kata, semua terpulang kepada pengunaan dan jenis fotografi yang hendak digunakan.

Secara mudahnya, Fotogu.Com dah kategorikan (secara kasar sahaja) julat jarak fokal ni seperti dalam jadual kat bawah:
Jarak fokal bagi format 35mm SLR
Super/Ultra Wide Angle (sangat luas)<20mm
Wide Angle (luas)20-35mm
Normal (biasa)35-50mm
Telephoto (jauh)70-300mm
Super/Ultra telephoto (sangat jauh)>300mm
Mudahkan nak faham? :)
OK..Jom kita tengok pulak contoh hasil daripada koleksi gambar yang Fotogu.Com pernah ambil menggunakan jarak fokal yang berbeza..
11mm
Fotogu-ultra wide11mm

50mm
Fotogu-normal 50mm

112mm
Fotogu - Telephoto 112mm
Mudah je kan nak faham? Akhir kalam, carilah jarak fokal yang terbaik untuk jenis fotografi anda. Secara kasarnya ramai jurufoto yang gunakan
  • wide ni untuk fotografi lanskap
  • normal dan tele untuk potrait
  • telephoto untuk shoot gambar binatang seperti burung atau harimau yang berada dari jarak jauh

Walaubagaimanapun itu semua secara amnya sahaja.. anda boleh gunakan apa jua jenis jarak fokal untuk ‘tembak’ mangsa subjek fotografi anda. :)

SELAMAT MENEMBAK!~ ^_^
CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

Bagaimana Hendak Baca Tulisan Pada Lensa?


Setelah sekian lama menyepi, kini Fotogu.Com kembali ^^, (fiuhh~ lega rasanya dapat menulis sedikit untuk berkongsi dengan semua) .. Sebelum kita mulakan. Fotogu.Com ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Fotogu.Com yang sukakan dengan hasil kerja Fotogu.Com. Niat kami hanya satu, ingin berkongsi ilmu tentang dunia fotografi dalam BAHASA MELAYU. :)
Ini kerana ramai yang terkontang kanting bermula dengan aktiviti memilih kamera terbaik untuk diri sendiri atau orang lain. Kemudian melarat ke ketidak tahuan cara untuk menggunakan DSLR/kamera biasa. Dan paling teruk lagi apabila ditipu oleh penjual yang hanya mahukan duit anda sebagai pembeli. (tapi bukan semua penjual macam ni yee~ ^^,)
Entri kali ni Fotogu.Com akan cuba berkongsi bagaimana hendak membaca tulisan yang 'pelik-pelik' pada lensa DSLR anda. Lebih-lebih lagi yang baru mula-mula nak kenal dengan kamera DSLR ni. Jom kita tengok apa yang dimaksudkan oleh kami.
Kalau anda boleh lihat gambar dekat di atas, tulisan pada lensa ini mungkin menjadi kekeliruan buat yang mula-mula hendak mengenali lensa. Jadi jom kita lihat bagaimana cara baca,
Nikon -> Brand / Jenama (Sudah Semestinya la kan~)
AF-S -> Ini bermakna lensa ini memiliki motor autofokus yang dibina di dalam lensa (built in).
Nikkor -> Jenis Lensa Nikon
DX -> Ini bermakna lensa ini hanya boleh digunakan untuk bodi "crop factor". Apa itu crop factor? Dalam entri seterusnya~
18 - 200 mm -> Ini adalah julat focal (focal range)
1:3.5 - 5.6 -> Ini bermakna aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 18mm adalah f/3.5. Manakala aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 200mm adalah f/5.6.
G -> Ia bermaksud "gelded". Ia boleh digunakan pada kamera manual fokus namun aperture hanya dibuka paling minimum. (kita akan ceritakan lebih dalam dan jenis-jenis lensa Nikon dalam entri lain nanti ^^,)
ED -> Ia bermaksud "Extra-Low Dispersion". Sejenis lensa yang mampu mengawal "chromatic aberation" dengan baik.
AF/MF -> yang ini bermaksud Auto Focus (AF) atau Manual Focus (MF). Anda boleh pilih yang mana anda minat.
VR -> Ini pula bermaksud "Vibration Reduction" yang membawa erti anti-gegar yang mampu mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar. Kalau pada Canon, ia dipanggil "Image Stabilizer" atau lebih mudah, IS.
Jadi, paling kurang anda dah boleh baca tulisan yang berada pada lensa anda selepas ini. Cuba anda try gambar di bawah ni.
Haa..dah boleh kan?Itu dah dikira bagus.. :) mungkin sedikit info tambahan untuk Canon.
EF-S -> Ini bermakna lens ini hanya boleh digunakan pada bodi "crop factor" sahaja.
Jadi, lepas ni tak ada la masalah lagi nak baca lensa anda bukan?

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com