26 July 2011

Bagaimana Hendak Baca Tulisan Pada Lensa?


Setelah sekian lama menyepi, kini Fotogu.Com kembali ^^, (fiuhh~ lega rasanya dapat menulis sedikit untuk berkongsi dengan semua) .. Sebelum kita mulakan. Fotogu.Com ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Fotogu.Com yang sukakan dengan hasil kerja Fotogu.Com. Niat kami hanya satu, ingin berkongsi ilmu tentang dunia fotografi dalam BAHASA MELAYU. :)
Ini kerana ramai yang terkontang kanting bermula dengan aktiviti memilih kamera terbaik untuk diri sendiri atau orang lain. Kemudian melarat ke ketidak tahuan cara untuk menggunakan DSLR/kamera biasa. Dan paling teruk lagi apabila ditipu oleh penjual yang hanya mahukan duit anda sebagai pembeli. (tapi bukan semua penjual macam ni yee~ ^^,)
Entri kali ni Fotogu.Com akan cuba berkongsi bagaimana hendak membaca tulisan yang 'pelik-pelik' pada lensa DSLR anda. Lebih-lebih lagi yang baru mula-mula nak kenal dengan kamera DSLR ni. Jom kita tengok apa yang dimaksudkan oleh kami.
Kalau anda boleh lihat gambar dekat di atas, tulisan pada lensa ini mungkin menjadi kekeliruan buat yang mula-mula hendak mengenali lensa. Jadi jom kita lihat bagaimana cara baca,
Nikon -> Brand / Jenama (Sudah Semestinya la kan~)
AF-S -> Ini bermakna lensa ini memiliki motor autofokus yang dibina di dalam lensa (built in).
Nikkor -> Jenis Lensa Nikon
DX -> Ini bermakna lensa ini hanya boleh digunakan untuk bodi "crop factor". Apa itu crop factor? Dalam entri seterusnya~
18 - 200 mm -> Ini adalah julat focal (focal range)
1:3.5 - 5.6 -> Ini bermakna aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 18mm adalah f/3.5. Manakala aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 200mm adalah f/5.6.
G -> Ia bermaksud "gelded". Ia boleh digunakan pada kamera manual fokus namun aperture hanya dibuka paling minimum. (kita akan ceritakan lebih dalam dan jenis-jenis lensa Nikon dalam entri lain nanti ^^,)
ED -> Ia bermaksud "Extra-Low Dispersion". Sejenis lensa yang mampu mengawal "chromatic aberation" dengan baik.
AF/MF -> yang ini bermaksud Auto Focus (AF) atau Manual Focus (MF). Anda boleh pilih yang mana anda minat.
VR -> Ini pula bermaksud "Vibration Reduction" yang membawa erti anti-gegar yang mampu mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar. Kalau pada Canon, ia dipanggil "Image Stabilizer" atau lebih mudah, IS.
Jadi, paling kurang anda dah boleh baca tulisan yang berada pada lensa anda selepas ini. Cuba anda try gambar di bawah ni.
Haa..dah boleh kan?Itu dah dikira bagus.. :) mungkin sedikit info tambahan untuk Canon.
EF-S -> Ini bermakna lens ini hanya boleh digunakan pada bodi "crop factor" sahaja.
Jadi, lepas ni tak ada la masalah lagi nak baca lensa anda bukan?

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

No comments: