Teknik tersebut dinamakan dengan teknik ‘silhouette’.
Silhouette atau dalam bahasa melayunya, bayangan hitam adalah antara teknik fotografi yang bermain dengan cahaya persekitaran atau selalu kita dengar perkataan yang digunakan, background lighting. Teknik digunakan BUKAN untuk mencipta butir-butir gambar yang jelas mahupun mencari keseimbangan exposure.
Teknik ini mengambil kira hanya bayangan objek dengan meletakkan cahaya di belakang objek lebih terang daripada objek fokus yang hendak diambil di hadapan. Haa.. paham ka ni?hehe~
Kalau cerita panjang-panjang pun tapi kita tak tengok hasilnye macam mana pun tak guna jugak betul kan?
So sebenarnye kat bawah ini adalah antara hasil silhoutte,
Menarik bukan? walaupun kita tahu ia adalah ibarat ‘gambar gelap’, namun ‘kegelapan’ ini adalahDISENGAJAKAN di dalam teknik silhouette.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanalah agak-agaknya nak aplikasikan teknik ni pada kamera handphone anda bukan? Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com akan kongsikan,
“7 CARA MUDAH UNTUK ANDA BUAT TEKNIK FOTOGRAFI SILHOUETTE”
- Pilih subjek yang KUAT
Kuat bagaimana?Haa..bukan otot yang kuat ye tapi lebih kepada objek yang mempunyai bentuk figura yang mampu dikenalpasti apakah objek tersebut. Anda mungkin mempunyai kreativiti tersendiri namun biarlah peminat anda dapat meneka apakah objek silhoutte yang anda ambil. - Matikan FLASH anda
Yep. tak semua gambar memerlukan flash, jadi anda hanya perlu matikan flash kamera anda kerana kita perlu mengurangkan cahaya yang menerangi objek tersebut. - Pastikan kedudukan sumber CAHAYABiasnya kita mengambil gambar dengan membelakangkan sumber cahaya supaya objek menjadi terang bukan?Haa..kali ini anda kena berfikir terbalik pulak. Kebiasaanya silhoutte dapat dihasilkan dengan meletakkan kamera anda bertentangan dengan sumber cahaya tersebut. Antara contoh sumber cahaya adalah lampu, tetingkap, ataupun matahari.
- BINGKAIKAN gambar silhouette anda
Ambillah gambar anda dengan menggunakan berlatar belakangkan permandangan yang rata tetapi terang seperti langit atau pun tetingkap(seperti gambar di atas). - Pastikan gambar silhouette anda dapat DITEKA
Bila anda ingin menggunakan teknik, cuba seboleh-bolehnya untuk mendapatkan objek yang hendak di’silhouette’kan tersebut terasing daripada objek-objek yang mampu menghilangkan fokus pemerhati gambar anda. Contohnya silhouette yang tidak bagus adalah seperti gambar di bawah, - Gunakan Mode MANUALKadangkala bila menggunakan mode automatik, kamera anda terlalu bijak dengan dapat mengesan bahawa objek anda berada dalam keadaan gelap, jadi secara automatisnya ia akan membetulkan kembali setting kamera supaya objek yang anda hendak ambil menjadi terang.Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, ambil satu gambar menggunakan mode auto. Lihat kepada setting yang disetkan oleh kamera anda dan ubah setting tersebut supaya gambar menjadi lebih gelap samada dengan mengurankan ISO, mengurangkan exposure, meninggikan apertureataupun memperlahankan shutter speed. Carilah setting terbaik .
- Cuba mempelbagaikan GAMBARAnda mungkin perlu mengambil lebih dari satu gambar dengan mempelbagaikan sudut mengambil gambar (angle) ataupun variasi dalam setting kamera anda. Ini kerana mungkin di dalam kamera ia tampak lawa namun apabila anda pulang ke rumah dan lihat gambar tesebut di dalam komputer, anda mungkin kecewa.Jadi, luangkan sedikit masa lagi untuk mengambil lebih banyak gambar daripada anda menyesal di kemudian hari dan tidak mampu berpatah balik.
CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com
No comments:
Post a Comment