26 July 2011

Bermain Dengan Shutter Speed


APA ITU SHUTTER?
Seperti yang telah Fotogu.Com ceritakan dalam entri yang lepas mengenai mekanisme kamera digital, kita perlu tahu yang terdapat banyak elemen dalam kamera yang memainkan peranan masing-masing dalam merekod dan memastikan gambar disimpan di dalam filem mahupun kad memori.
Antara bahagian yang penting adalah SHUTTER. Shutter atau rana sebenanya terletak di dalam kamera anda (di belakang cermin pantulan) di mana apabila gambar hendak diambil, bilah atau rana lensa akan terbuka dan tertutup selepas satu jangka masa yang ditetapkan. Jom tengok video di bawah untuk kefahaman yang lebih mudah,
Secara asasnya, ketika shutter itu terbuka, ketika itulah proses merekod gambar terjadi ke atas sensor/filem kamera anda. Mudah kan? Jom tengok pelajaran seterusnya. :)
JADI APA ITU SHUTTER SPEED (KELAJUAN SHUTTER)?

Apa yang perlu anda tahu tentang kelajuan shutter ini ialah sebenarnya MASA yang dibenarkan oleh kamera untuk filem/sensor terdedah kepada cahaya yang  datang dari arah depan yakni lensa dengan membuka shutter tersebut ketika proses tangkapan gambar berlaku.
Atau bahasa mudahnya, JUMLAH MASA shutter dibuka.
Unit masa untuk shutter speed adalah dikira dalam saat (second). Contohnya, 1 saat, 0.5 saat, 1/60 saat dan sebagainya.
Sebagai penambah kefahaman, sekiranya anda memilih 1/60 di kamera anda, ini bermakna shutter akan dibuka selama 0.017 saat.
Dalam entri konsep tiga segi pendedahan (exposure) juga telah diterangkan serba sedikit mengenai shutter speed ini. Sekiranya masa yang diberikan untuk shutter ini dibuka lebih lama, seperti  maka gambar anda akan menjadi lebih terang dan objek mungkin dapat dilihat dengan jelas pada penghujung hasilnya nanti. Namun, harus diingat, shutter speed yang terlalu lama adalah tidak bagus kerana ia akan menghasilkan gegaran (shake) terhadap gambar tesebut KECUALI anda memang sengaja hendak memiliki gambar yang blur tapi masih dikategorikan gambar yang cantik seperti,
Picture2
Mengapa shutter speed yang lama akan menghasilkan gegaran?Ini kerana kamera anda tidak mampu untuk merekod gambar yang anda ambil ke atas sensor/filem kamera yang tidak tetap pada kedudukannya dengan tangan kita yang bergoyang dan tidak seimbang. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, anda boleh:
  1. mempercepatkan shutter speed pada tetapan kamera anda.
  2. menggunakan ISO yang lebih tinggi (berhati-hati dengan ISO yang tinggi akan menimbulkan noise).
  3. menggunakan tripod. (seperti gambar air terjun di atas)
  4. menggunakan saiz bukaan lensa (lens aperture) yang lebih luas seperti f/2.8 atau f4.0. (kita akan bincangkan dalam entri seterusnya :) ).
Picture3
SHUTTER SPEED APA YANG SESUAI UNTUK SAYA?
Anda masih buntu hendak menggunakan tetapan apa untuk shutter speed pada kamera anda? Berikut adalah tips-tips dari Fotogu.Com mengenai shutter speed,
  • Untuk kamera yang dipegang dengan tangan (bukan diletakkan di atas tripod), untuk cahaya yang sederhana, tetapan shutter speed yang paling sesuai adalah 1/60s atau yang lebih laju. Ini kerana sekiranya kurang daripada 1/60s, kemungkinan gambar untuk menghasilkan gegaran adalah tinggi.
  • Gunakan TRIPOD sekiranya anda berhasrat untuk mengambil gambar dengan shutter speed yang lebih perlahan daripada 1/60s.
  • Sekiranya anda memilih untuk shutter speed yan lebih laju sebanyak satu peringkat, cuba untuk menaikkan saiz bukaan aperture sebanyak satu peringkat supaya gambar masih terang dan tidak terlalu gelap. Contoh, pada mulanya anda memilih 1/60s (shutter speed) dan f/4.0 (aperture), jadi untuk memiliki gambar yang masih terang dan dapat dilihat cuba untuk gunakan 1/125s (shutter) dan f/3.5 (aperture). Jangan pening2 naa.. nanti kita bincang lagi ^_^
  • Cuba tanya diri anda samada anda mahukan gambar yang terang dan tajam ataupun gambar yang mempunyai kesan pergerakan dalam foto tersebut.
  • Gambar yang mempunyai kesan pergerakan atau blur kerana shutter speed yang lama TIDAK SEMESTINYA TIDAK BAGUS. Ada jurugambar yang menggunakan teknik blur atau gegar sebagai seni fotografi mereka. Contoh yang paling mudah ialah,
IMG_7265
atau
fountain





CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

No comments: