23 September 2011

13 Cara Menjadikan Blog Lebih Professional.

1) Periksa blog korang kat browser lain 
Kadang2 bila korang pakai browser lain, kedudukan blog korang akan berubah-ubah, ada yg senget2. Pernah x korang korang buka blog korang guna Firefox nmpak cantik ja, tapi jadi berubah bila guna browser lain mcm IE, Chrome, Safari, Opera?


2) Pemilihan warna

Pastikan pilihan warna korang tu sesuai dgn tema blog. Janganlah terlalu menyilau mata dgn warna2 yg terang, he3. Atau terlalu pudar dgn warna2 yg kusam. Pandai2 la korang pilih, tapi pastikan blog korang mudah dibaca.

3) Jangan letak JAM
Bukankah jam dh ada kat setiap komputer kat bawah tu, jadi apa tujuan korang letak jam dkat blog? Ini hanya akan memberatkan blog.


4) Jangan letak Kalender
Sama macam jam tadi, setiap komputer dh ada kalender yg pelawat bleh tgk kat komputer masing2. Jadi x perlu la letak kalender lagi, berat blog ja.

Pendapat Bdk Botak: Lainlah kalo korang letak kalender Islam, bagus jugak dapat tau tarikh Islam...


5) Jangan letak 2 kiraan pelawat
Kdg2 pernah x korang jumpa blog yg kiraan pelawat ada 2, satu tujuk contohnya 5000, satu lagi tunjuk 2000. Cukuplah letak satu ja, kalo ada dua, yg mna satu pelawat nk percaya...


6) Jangan letak perkataan seperti "Tekan iklan saya"
He3, kadang2 mcm kelakar jgk tgk ayat2 cmtu. X perlulah tulis ayat2 cmtu, kalo pelawat nk tekan, diorang akan tekan, x perlu dipaksa...


7) Jangan letak banyak sangat iklan
Nak letak iklan xda la salah, tapi slah kalo menggangu pelawat2 utk baca entry2 korang. Apa akan jadi kalo iklan lagi byk dari bnda yg ditulis, x ke susahkan pelawat2...


8) Jangan letak lagu
Walaupun lagu akan membuat kan blog korang menarik, tapi jgn igt pelawat2 suka jgk apa yg korang dgr. Cukuplah kalo korang dgr sendiri2 ja kat Winamp. Lagu akan buatkan blog korang lambat loading.


9) Jangan copy-n-paste
Kecian kat blog yg kena copy tue, penat2 diorang pikir nk buat entry menarik tapi senang ja orang lain tiru. Kalo nk copy pon mintak la kebenaran dulu, he3.


10) Jangan letak widget yg x perlu
Widget yg banyak sgt akan memberatkan blog dan membuatkan blog nampak serabut. Pastikan blog simple tapi menarik...


11) Jangan letak gambar terlalu besar
Gambar yg terlalu besar akan buatkan blog lambat loading, gambar yg terlalu besar akan "tutup" tulisan2 korang yg sebenarnya byk maklumat2 penting yg ingin korang kongsi. Letaklah gambar yg bila ditekan baru akan besar...


12) Jangan lupa letak sumber/kredit
Kalo korang terjumpa artikel yg menarik, dan korang mmg nk sgt copy dan letak kat blog korang, jgnlah lupa utk letak link ke website tersebut sgbai tanda terima kasih...


13) Hargailah pandangan pembaca
X kira la komen tu puji @ kutuk korang, korang layanlah elok2. Yg mna baik kita jadikan teladan, yg mna buruk kita jadikan sempadan. Tanpa pembaca2 yg setia, apalah blog kita mcm sekarang nie

soalan bodoh tapi jawapan bijak


Perempuan : Katakan awak cinta saya.. Katakan awak cinta saya..
Lelaki : Awak cinta saya..

Perempuan : Sayang,saya nak kita menari macam ni sampai bila2..
Lelaki : Tak nak improved ke?

Lelaki : Saya sayang awak.. Saya sanggup mati disebabkan awak..
Perempuan : Bila tu??

Lelaki : Untuk awak,saya sanggup pergi ke hujung dunia..
Perempuan : ya.. tapi kenapa awak ada kat sini lagi??

Lelaki : Awak mengingatkan saya tentang laut..
Perempuan : Kenapa? sebab saya liar,romantik dan menghairahkan..
Lelaki : Tak.. Sebab awak buat saya loya..

Pelayan : Encik nak kopi hitam (black coffee) ??
Pelanggan : Warna lain ada tak?

Cikgu : Boleh tak kamu bagi contoh sesuatu yang berlaku secara kebetulan??
Murid : Mak dan ayah saya kahwin pada hari yang sama dan pada masa yang sama..

Teknologi Malaysia yang dah lama ada!

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS

soalan bodoh yg slalu org tanya...versi sabah


matii sa katawa...tp ada point

1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidur kah?
J: Tdk la, sy training mcm mana mau mati bah..

2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
S: Mau kasi bagus kah ni tv?
J: Tdk la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh ndak la,hujan yg nanti baru sia kluar.=-?

4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:
S: Ko bangun sdh?
J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!(=|

5. Kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!:/

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah! :&

7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni. (y)

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
S: Eeeh,bunga ka tu?
J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.X_X

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!! >:/:x

20 August 2011

BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL


kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


26 July 2011

Kenali ‘MODE’ pada kamera


Mode pada kamera adalah perkara yang biasa diusik untuk mendapatkan sesuatu hasil yang dikehendaki. Sama ada tangkapan di waktu malam, teknik bokeh, dan juga fotografi sukan amat memerlukan setting mode yang sesuai supaya gambar yang diambil menepati ciri yang dikehendaki.
Canon-modes‘Mode Dial’ di kamera Canon
Nikon-Modes‘Mode Dial’ di kamera Nikon
  1. A-DEP bermaksud Automatic Depth-of-Field mode
    Sekiranya anda memilih untuk menggunakan mode ini, kamera anda akan secara automatik akan menetapkan aperture yakni nombor ‘f-stop’ yang paling sesuai untuk membolehkan keseluruhan objek di dalam gambar yang anda ambil adalah sharp atau jelas. Kebiasaannya, mode ini digunakan sekiranya setiap informasi atau objek yang berada di dalam gambar itu adalah penting untuk kelihatan jelas seperti fotografi lanskap atau potret.
    Art of Dam resized
  2. M bermaksud Manual mode
    Mode ini menjadi kegemaran bagi penggemar kamera yang mahukan kelainan serta yang mahu belajar lebih dalam tentang kamera. Pada mode ini, pengguna akan mengawal penuh
    i. aperture (bukaan blade lens),
    ii. kelajuan shutter (masa yang diambil untuk buka dan tutup blade lens (bilah lensa) serta masa untuk cermin di hadapan sensor diangkat dan kembali kepada asal) serta;
    iii. exposure (pendedahan kepada cahaya)
  3. AV (atau A pada kamera Nikon) bermaksud Aperture priority mode (Aperture Value)
    Peminat AV atau A ini adalah kebiasaannya terdiri daripada golongan yang sukakan bokeh (objek depan sharp, objek di belakang blur). Tapi aperture atau bukaan terluas adalah terhad kepada jenis lens, sekiranya lens tersebut mempunyai constant aperture atau bukaan kekal f/2.8, maka lens tersebut mampu menghasilkan bokeh yang umph!B.L.O.O.M resized
  4. TV (atau S pada kamera Nikon) bermaksud Time Value atau Shutter priority mode
    Shutter Speed atau kelajuan rana (skemanye~ :P ) adalah di mana masa yang diambil untuk cermin yang berada di hadapan sensor kamera untuk menerima cahaya dari objek atau pun masa bukaan dan tutupan bilah lens pada satu-satu kamera.Pendek kata,
    Lebih panjang masa kelajuan shutter, lebih banyak cahaya diterima oleh sensor dan lebih terang gambar tersebut (tertakluk kepada saiz aperture) dan kemungkinan untuk gambar terdapat kesan gegar mungkin ada.
    Lebih pendek masa kelajuan shutter, lebih sedikit cahaya yang diterima oleh sensor dan kemungkinan gambar lebih gelap (tertakluk juga kepada saiz aperture) serta kesan gegar mungkin kurang atau tiada.
    Contoh hasil penggunaan masa shutter yang panjang,
    lonelyresized
  5. P bermaksud Program AE mode
    Shutterspeed (exposure) dan Aperture di set secara automatik. Ini hampir serupa dengan mode automatik namun anda masih berkuasa untuk mengawal exposure dan akan disesuaikan secara automatik oleh kamera anda untuk saiz aperture mengikut pilihan exposure.
  6. Ikon Empat Segi Panjang - Mode automatik.
  7. Ikon Wajah – Mode yang telah disetkan sesuai untuk potret atau gambar manusia.
  8. Ikon Gunung – Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi lanskap serta permandangan.
  9. Ikon Bunga – Mode yang telah disetkan sesuai untuk gamba makro dan close-up (gambar dekat).
  10. Ikon Orang Berlari -  Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi sukan atau pergerakan pantas.
  11. Ikon Bintang atau Bulan - Mode yang telah disetkan sesuai untuk kegunaan fotografi di waktu malam.
  12. Ikon Kilat yang Dipangkah - Mode yang telah disetkan untuk memaksa kamera tidak menggunakan Flash.

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

9 Langkah Mudah Memilih Kamera


"Kamera DSLR apa yang patut saya beli?", soalan yang biasa ditanyakan kepada kami untuk memilih kamera DSLR paling baik. Ternyata pemilikan DSLR bukan lagi sesuatu yang janggal di kalangan pengguna umum. Namun, persoalannya, yang mana satu paling baik? yang mana satu patut anda beli? dan yang mana satu dapat memberikan kepuasan?
Jawapannya..ia terletak di tangan anda :)
Sememangnya tiada jawapan khusus untuk soalan tersebut. Masing-masing pengeluar mempunyai kelebihan masing-masing walau tak dinafikan antara pelopor paling hebat adalah Canon dan Nikon. Namun, jangan jadikan jenama atau brand ini sebagai penghalang untuk anda memiliki jenama lain. Jadi untuk entri kali ni,Fotogu.Com ingin menawarkan 9 tips  mudah untuk anda memilih DSLR. Semoga bermanfaat~
1. Kenalpasti Kemahuan Anda
  • Ramai pembeli kamera DSLR membeli kamera yang mempunyai kemampuan melebihi dari keperluan mereka. (Membazir bukan?)
  • Kini tanya diri anda soalan-soalan di bawah sebelum anda pergi ke kedai kamera
1. Untuk apa kamera anda akan digunakan? (perkahwinan?hobi?)
2. Apakah jenis fotografi yang anda akan lakukan? (Potret, lanskap, makro, sukan)
3. Apakah suasana/tempat yang kamera anda akan digunakan ? (Di dalam bilik, luar bilik, suasana dengan cahaya rendah atau kawasan terang?)
4. Adakah anda pengguna mod automatik atau anda ingin belajar lebih teknik fotografi?
5. Apakah tahap pengalaman yang anda dengan kamera?
6. Apakah jenis kemampuan kamera yang anda cari? (zoom, image stabilization, layar LCD besar dll.)
7. Adakah saiz dan mampu bawa adalah menjadi keutamaan anda?
8. Berapa anggaran bajet anda?
2. Megapixel Bukan Segalanya
  • Kalau dulu bila nak beli kamera, ramai yang akan bertanya, " Berapa megapixel kamera ni?"... atau "12 Megapixel?Mesti baguskan kamera ni?"
  • Sebenarnya memiliki kamera beresolusi tinggi BELUM TENTU bermakna kamera itu bagus secara amnya.
  • Kamera beresolusi 5 Megapixel sebenarnya sudah cukup baik sekiranya anda hanya menggunakan kamera anda itu untuk mencetak atau print di atas kertas A4 dan saiz ke bawah.
  • Jadi, megapixel bukan segalanya.
3. Jangan Lupa Tentang 'Kelengkapan Lain'
  • Ops..anda mungkin dapat membeli kamera digital yang mahal TAPI jangan lupa anda masih perlu membeli kelengkapan/aksesori lain dan mereka juga memerlukan duit seperti:
1. Bag / Bekas kamera
2. Kad Memori
3. Bateri tambahan
4. Lensa (sekiranya anda menggunakan DSLR)
5. Filter (sekiranya anda menggunakan DSLR)
6. Tripod
7. Flash
4. Pernah Memiliki Kamera Digital Sebelum ini?
  • Seboleh-bolehnya beli kamera yang anda boleh gunakan barang/aksesori dari kamera sebelum ini untuk digunakan pada kamera baru anda seperti kad memori, lensa, flash, atau pun bateri.
5. DSLR atau Kamera Kompak/Point and Shoot(PnS)?
  • Mungkin ramai yang menganggap bahawa DSLR lebih baik daripada kamera kompak/kamera kecil, pendapat sebegini ada benarnya dan ada tidak.
  • Harus diingat bahawa DSLR juga mempunyai kelemahan dan kamera PnS juga ada yang mempunyai kelebihan daripada DSLR.
  • Jadi buat lah pertimbangan sewajarnya sebelum anda membeli DSLR atau pun membeli kamera kompak? Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan secara melulu.
6. Kuasa Zoom Optikal
  • Kuasa zoom tidak dapat dinafikan lagi mampu untuk menembak (baca: menangkap gambar) pada jarak lebih jauh.
  • Jangan terpedaya dengan zoom digital (kadang-kadang ada yang sampai 12x) kerana ia tidak memberi kesan yang ketara terhadap gambar anda bahkan mungkin menyebabkan gambar anda lebih teruk daripada biasa.
  • Lihatlah pada zoom optikal atau optical zoom yang lebih besar (pilih '4x zoom' berbanding '3x zoom').
  • Bagi pengguna DSLR, carilah lensa yang menawarkan julat (range) zoom yang terbaik untuk kegunaan anda seperti 18-135mm (wide dan tele sekaligus).
7. Baca Review
  • Gunakan komputer + internet anda di rumah. Carilah artikel berkaitan dengan kamera yang anda ingin beli sebelum ke kedai. Luangkan MASA.
  • Jurujual di kedai mungkin tidak tahu banyak mengenai kamera yang anda nak beli kerana tugas mereka hanya melariskan jualan. (bukan semua)
  • Tugas mengenalpasti kelebihan sesuatu kamera adalah TUGAS ANDA.
8. Pergi ke Kedai dan CUBA
  • Buang perasaan malu dan pergi ke kedai untuk cuba kamera yang anda mahukan.
  • Cubalah selagi mana dibenarkan(Jangan sampai rosak sudah~) dan gunakan setiap butang yang ada pada badan kamera tersebut.
  • Cuba tanya diri anda adakah anda selesa memegang kamera tersebut dan butan-butang tersebut mudah untuk ditekan?
9. Tawar-Menawar
  • Jangan malu untuk membuka MULUT. berbincang dengan jurujual dan dapatkan harga terbaik.
  • Kalau tak dapat kurangkan harga, mintaklah sesuatu dari mereka seperti UV filter free, tripod, bag dan jugak potongan harga untuk aksesori tambahan.
  • Percayalah, penjual kedai sememangnya mahukan duit anda. Jika mereka tidak dapat banyak, untung sedikit pun dah kira OK untuk mereka.

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

3 Teknik Foto Menarik Dengan Kamera Biasa


Teknik tersebut dinamakan dengan teknik ‘silhouette’.
Silhouette atau dalam bahasa melayunya, bayangan hitam adalah antara teknik fotografi yang bermain dengan cahaya persekitaran atau selalu kita dengar perkataan yang digunakan, background lighting. Teknik digunakan BUKAN untuk mencipta butir-butir gambar yang jelas mahupun mencari keseimbangan exposure.
Teknik ini mengambil kira hanya bayangan objek dengan meletakkan cahaya di belakang objek lebih terang daripada objek fokus yang hendak diambil di hadapan. Haa.. paham ka ni?hehe~ :P
Kalau cerita panjang-panjang pun tapi kita  tak tengok hasilnye macam mana pun tak guna jugak betul kan?
So sebenarnye kat bawah ini adalah antara hasil silhoutte,
Wedding of The Year - Along n Uda Res
Menarik bukan? walaupun kita tahu ia adalah ibarat ‘gambar gelap’, namun ‘kegelapan’ ini adalahDISENGAJAKAN di dalam teknik silhouette.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanalah agak-agaknya nak aplikasikan teknik ni pada kamera handphone anda bukan? Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com akan kongsikan,
“7 CARA MUDAH UNTUK ANDA BUAT TEKNIK FOTOGRAFI SILHOUETTE”
  1. Pilih subjek yang KUAT
    Kuat bagaimana?Haa..bukan otot yang kuat ye tapi lebih kepada objek yang mempunyai bentuk figura yang mampu dikenalpasti apakah objek tersebut. Anda mungkin mempunyai kreativiti tersendiri namun biarlah peminat anda dapat meneka apakah objek silhoutte yang anda ambil.
  2. Matikan FLASH anda
    Yep. tak semua gambar memerlukan flash, jadi anda hanya perlu matikan flash kamera anda kerana kita perlu mengurangkan cahaya yang menerangi objek tersebut.
  3. Pastikan kedudukan sumber CAHAYABiasnya kita mengambil gambar dengan membelakangkan sumber cahaya supaya objek menjadi terang bukan?Haa..kali ini anda kena berfikir terbalik pulak. Kebiasaanya silhoutte dapat dihasilkan dengan meletakkan kamera anda bertentangan dengan sumber cahaya tersebut. Antara contoh sumber cahaya adalah lampu, tetingkap, ataupun matahari.
  4. BINGKAIKAN gambar silhouette anda
    Ambillah gambar anda dengan menggunakan berlatar belakangkan permandangan yang rata tetapi terang seperti langit atau pun tetingkap(seperti gambar di atas).
  5. Pastikan gambar silhouette anda dapat DITEKA
    Bila anda ingin menggunakan teknik, cuba seboleh-bolehnya untuk mendapatkan objek yang hendak di’silhouette’kan tersebut terasing daripada objek-objek yang mampu menghilangkan fokus pemerhati gambar anda. Contohnya silhouette yang tidak bagus adalah seperti gambar di bawah,
    silhouette tak bagus
  6. Gunakan Mode MANUALKadangkala bila menggunakan mode automatik, kamera anda terlalu bijak dengan dapat mengesan bahawa objek anda berada dalam keadaan gelap, jadi secara automatisnya ia akan membetulkan kembali setting kamera supaya objek yang anda hendak ambil menjadi terang.
    Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, ambil satu gambar menggunakan mode auto. Lihat kepada setting yang disetkan oleh kamera anda dan ubah setting tersebut supaya gambar menjadi lebih gelap samada dengan mengurankan ISO, mengurangkan exposure, meninggikan apertureataupun memperlahankan shutter speed. Carilah setting terbaik :) .
    Untuk kamera handphone, anda boleh mengubah setting exposure yang tedapat pada kamera anda. Ikon exposure kebiasaanya berbentuk ‘matahari’, cuba untuk mengurangkan exposure tersebut satu persatu.
  7. Cuba mempelbagaikan GAMBARAnda mungkin perlu mengambil lebih dari satu gambar dengan mempelbagaikan sudut mengambil gambar (angle) ataupun variasi dalam setting kamera anda. Ini kerana mungkin di dalam kamera ia tampak lawa namun apabila anda pulang ke rumah dan lihat gambar tesebut di dalam komputer, anda mungkin kecewa.
    Jadi, luangkan sedikit masa lagi untuk mengambil lebih banyak gambar daripada anda menyesal di kemudian hari dan tidak mampu berpatah balik.

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com