27 June 2012

Oh! Domino's Pizza Berbumbung Salib Kristian di Dua Lokasi Berbeza

PERHATIAN !!


~ Penafian: Ini bukan post bersifat racist atau mencela mana-mana agama. Cuma majoriti penduduk Islam di negara ini mahukan jawapan mengapa ianya berlaku. Suratan atau kebetulan?


Dominos Pizza merupakan satu jenama Pizza yang kian popular di Malaysia. Apa yang akan Oh! Tidak bangkitkan ini bukanlah berniat apa-apa, cuma anggaplah ia sebagai satu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak tertentu sebelum menjadi lebih serius lagi. Semalam, kami menerima gambar di bawah berkenaan Domino Pizza yang berbumbungkan sebuah gereja.


Gambar di bawah ini adalah Domino Pizza di Setiawan, Perak Darul Ridzuan.












* Anda boleh membaca kisah lengkap di blog ini DI SINI !!


Selepas melihat gambar ini, kami tidak rasa apa-apa dan mungkin ianya hanya kebetulan semata-mata. Lagipun kita ke Domino Pizza untuk makan dan kewujudan gereja di situ langsung tak menjadi apa-apa masalah. Maka kami biarkan ia begitu sahaja. Sehinggalah sebentar tadi kami menerima satu lagi gambar berikut dari followers OH! Media (melalui email). 


Kali ini lokasinya di Kulaijaya,lokasinya di Bandar Putra. Jalan menuju ke IOI Mall. [ lihat gambar dibawah ]



Screenshot email yang kami terima


Bila dah dua gambar kami terima, apa yang boleh kami simpulkan ianya bukan kebetulan tetapi seakan disengajakan. Secara logiknya anda boleh fikirkan. Ini setakat 2 gambar yang kami terima. Berkemungkinan banyak lagi tempat di luar sana yang diwujudkan dengan keadaan yang sama. Apakah motif Dominos Pizza yang sebenarnya? Mohon pihak berkaitan menjelaskan agar keadaan tidak menjadi makin teruk.


Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Adakah ianya masih lagi kebetulan?


pihak Admin sertakan juga pandangan dari Ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus mengenai posting dari seorang follower beliau di facebook. lihat gambar di bawah.



Penjelasan :: Ustaz Azhar Idrus berkenaan artikel di Oh! Tidak.  Post berkenaan 


langsung tidak berkaitan dengan racist. Usahlah salah sangka. Ianya hanya sebagai 


rujukan umat Islam di negara ini. Kita di Malaysia sememangnya hidup sayang-


menyayangi antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. 



~ fikir-fikirkan dan renungkan..
































source :: oh ! media
:: http://www.aduanrakyat.com.my

















































01 June 2012

Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Mari lihat gambar-gambar yang diambil oleh blogger sekitar rumah ini.


Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya..antaranya : 



Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.










Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.


Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.




Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.




Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi nie versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

Versi 7 -Sinopsis lak yg aq dgr,nabilla nie kne dera ngan mak die yg sparuh gile.lpas tu desas desus mengatakan ada orang pernah nmpk nabila di pinggir laut danga bay menuju ke villa tersebut.crita orang lak mngatakan mayat beliau masih berada sekitar villa tersebut..mngkin disebabkan itu beliau muncul utk meminta pertolongan @ mahu mayat beliau disemadikan dgn cara yg btol..aq pn xpasti cte nie btol ke x...mane taw ape yg aq post nie dpt membantu sedikit sebanyak..

P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.. walaubagaimanapun, admin tak tahu cerita mana yang benar.. kalau korang ada apa-apa info pasal Villa Nabila ini bolehlah dikongsikan bersama kami..

31 May 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berkuatkuasa serta merta - Facebookers jaga-jaga.





Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya

29 May 2012

Kemalangan Maut Honda City. Enjin Tercampak Keluar 10 Meter













Kemalangan ngeri di Labuan yang berlaku baru-baru ini melibatkan sebuah Honda City berwarna Putih dengan nombor pendaftaran baru. Kereta yang dipandu laju ini telah menghentam sebuah pokok sehingga enjin kereta ini tercampak keluar sejauh 10 meter. Pemandu Honda City ini mati rentung di tempat kejadian. Berikut adalah gambar dan info penuh dengan kemalangan maut ini.















Lokasi : Jalan Kerupang 3 - Tg Aru
Kereta : Honda City Putih (Plate masih baru)
Status Pemandu : Mati rentung di tempat kejadian


Huraian : Menurut saksi dari kawasan perumahan berdekatan, kejadian berlaku jam 1 pagi tadi, selepas kedengaran bunyi letupan. Kereta ini melanggar sebatang pokok dalam keadaan sangat laju hingga hentaman itu menyebabkan enjinnya tercampak hampir 30 meter ke hadapan.Batang pokok tersebut masuk hingga ke tempat duduk penumpang.Menurut sumber ini sudah kali ke-3 pokok berkenaan dilanggar oleh kereta dan ini adalah yang paling teruk.
































































28 May 2012

Wartawan Sinar Harian Jumpa Lembaga Wanita dalam kereta di Bukit Lengkok.











KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.



Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.



Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.





27 May 2012

DERITA MAK NYAH TUKAR JANTINA


KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.


Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal. 


“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri. 


“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan. 


Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara. 


“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.


“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya. 


Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.


“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya. 


“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram. 


“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya. 


Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan. 


“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama. 


“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan. 


“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya. 


Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang. 


“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita. 


“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya.

23 May 2012

Sup Bayi Manusia Di China Dan Proses Pembuatannya


Kalau sup bunjut, sup kambing, sup ayam, sup daging.. Wajar dan sudah biasalah kita dengan sehari-hari. Sup ular, sup kala jengking, walaupun pelik  tapi masih sanggup di terima mata dan telinga. Tapi, kalau Sup Bayi Manusia ? Jangan kata pelik, di China Sup Bayi Manusia bukanlah hal yang pelik.
Manusia yang dipanggil sebagai mahluk paling mulia dan paling tinggi darjatnya, tapi ternyata ada juga yang tidak mempunyai hati nurani. Bahkan melebihi binatang.
Sup bayi di China

Di China, cerita dari janin/orok/bayi manusia dapat menambahkan kekuatan dan stamina tubuh lelaki. kerana itu, di China, Sup Bayi Manusia ini diberi nama “Healthy Soup”. Seakan-akan Sup yang terbuat dari janin bayi manusia berumur 6–8 bulan ini adalah halal.
Menurut testimoni dari salah seorang pengusaha pemilik pabrik di daerah Tong Wan, Taiwan, berumur 62 tahun yang mengaku sebagai pengusaha tetap “Healthy Soup”, menjelaskan khasiat “Healthy Soup” ini dapat mempertahankan kemampuannya untuk dapat berhubungan seks beberapa kali dalam semalam. Wew…[ Grrrrrr.....gyler !!! ]
Pengusaha itu tidak menyebutkan berapa harga dia membelinya. Dia hanya memberitahu harga bergantung kepada besar kecilnya bayi, serta bayi hidup atau mati dan sebagainya... 
[ MasyaALLAH...kejamnyaa :(:( ]
Salah satu restoran yang menyediakan “Healthy Soup” ada di kota Fu San-Canton. Dan jika ingin memesan “Healthy Soup” tersebut di restoran tersebut harus menggunakan kata seperti BAIKUT.
Khabarnya, bahan makanan “Healthy Soup” ini disajikan secara fresh, bukan frozen. Yang bermaksud, benar-benar bayi yang baru di lahirkan……. Selain menggunakan bayo sebagai bahan sup, restoran ini juga menyediakan ari-ari bayi sebagai bahan sup, yang dipercaya dapat meningkatkan gairah seksual dan juga ubat awet muda.

Cara pembuatan “Healthy Soup”

Proses pembuatan sup bayi.

Gambar diatas adalah salah satu janin yang siap dijadikan santapan “Healthy Soup”. Janin yang berumur 5 bulan tersebut, setelah dicuci, di letak diatas papan pemotong. bahan - bahan seperti Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Jahe, daging ayam dan Baikut, sudah disiapkan. Dan anda boleh  lihat sendiri saja di gambar ini bagaimana prosesnya dimulakan.
Lihat gambar - gambar lain.






Menurut beberapa sumber lain, janin yang dinamakan sebagai “Healthy Soup” itu, semuanya adalah janin bayi perempuan. Apakah ini merupakan akibat kebijaksanaan pemerintah China untuk mewajibkan satu anak dalam satu keluarga yg berlaku sampai sekarang atau hanya karena kegemaran orang akan makanan sehat sudah mencapai kondisi yang sangat terkutuk. Yang jelas tindakan ini adalah tindakan tidak beradab.
p/s ~ artikel ini telah di edit sedikit dari segi ayat serta tatabahasa. sumber dari artikel " gugling "






















Misteri Restoran Adik Manja Di Kuantan, Pahang

Hidupan ghaib seperti Jin dan syaitan itu sememangnya wujud dan tak mmapu kita nafikan. Memang seram bila baca kisah-kisah mistik ni lebih-lebih lagi jika pernah merasainya sendiri. Entri kali ini admin terima dari seorang pengirim berkenaan misteri sebuah restoran tinggal yang bernama Adik Manja, di Kuantan Pahang.

Dah lama aku perhatikan sebagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru…tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya ‘jiran’ berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri.

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira-kira 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai nie kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja…dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi…aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku…apa lagi terus cabut la tunggu apa lagi tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi mmg misteri gilerrr..





Anonymous said


aku membesar dulu dgn ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Penah dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.

Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org trkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.

Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.







Admin amRF :
~ SIAPA SELALU LALU JALAN GAMBANG MENGHALA ARAH KUANTAN NI, CUBALAH RISIK-RISIK TEMPAT NI KALAU BERANI. RUNGKAIKAN APA YANG MENJADI TANDA TANYA NI.



















22 May 2012

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang



Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha


cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous jugak yer hahaha

#gambar sekadar hiasan sahaja :):) peace yow!!