26 July 2011

Kenali ‘MODE’ pada kamera


Mode pada kamera adalah perkara yang biasa diusik untuk mendapatkan sesuatu hasil yang dikehendaki. Sama ada tangkapan di waktu malam, teknik bokeh, dan juga fotografi sukan amat memerlukan setting mode yang sesuai supaya gambar yang diambil menepati ciri yang dikehendaki.
Canon-modes‘Mode Dial’ di kamera Canon
Nikon-Modes‘Mode Dial’ di kamera Nikon
  1. A-DEP bermaksud Automatic Depth-of-Field mode
    Sekiranya anda memilih untuk menggunakan mode ini, kamera anda akan secara automatik akan menetapkan aperture yakni nombor ‘f-stop’ yang paling sesuai untuk membolehkan keseluruhan objek di dalam gambar yang anda ambil adalah sharp atau jelas. Kebiasaannya, mode ini digunakan sekiranya setiap informasi atau objek yang berada di dalam gambar itu adalah penting untuk kelihatan jelas seperti fotografi lanskap atau potret.
    Art of Dam resized
  2. bermaksud Manual mode
    Mode ini menjadi kegemaran bagi penggemar kamera yang mahukan kelainan serta yang mahu belajar lebih dalam tentang kamera. Pada mode ini, pengguna akan mengawal penuh
    i. aperture (bukaan blade lens),
    ii. kelajuan shutter (masa yang diambil untuk buka dan tutup blade lens (bilah lensa) serta masa untuk cermin di hadapan sensor diangkat dan kembali kepada asal) serta;
    iii. exposure (pendedahan kepada cahaya)
  3. AV (atau A pada kamera Nikon) bermaksud Aperture priority mode (Aperture Value)
    Peminat AV atau A ini adalah kebiasaannya terdiri daripada golongan yang sukakan bokeh (objek depan sharp, objek di belakang blur). Tapi aperture atau bukaan terluas adalah terhad kepada jenis lens, sekiranya lens tersebut mempunyai constant aperture atau bukaan kekal f/2.8, maka lens tersebut mampu menghasilkan bokeh yang umph!B.L.O.O.M resized
  4. TV (atau S pada kamera Nikon) bermaksud Time Value atau Shutter priority mode
    Shutter Speed atau kelajuan rana (skemanye~ :P ) adalah di mana masa yang diambil untuk cermin yang berada di hadapan sensor kamera untuk menerima cahaya dari objek atau pun masa bukaan dan tutupan bilah lens pada satu-satu kamera.Pendek kata,
    Lebih panjang masa kelajuan shutter, lebih banyak cahaya diterima oleh sensor dan lebih terang gambar tersebut (tertakluk kepada saiz aperture) dan kemungkinan untuk gambar terdapat kesan gegar mungkin ada.
    Lebih pendek masa kelajuan shutter, lebih sedikit cahaya yang diterima oleh sensor dan kemungkinan gambar lebih gelap (tertakluk juga kepada saiz aperture) serta kesan gegar mungkin kurang atau tiada.
    Contoh hasil penggunaan masa shutter yang panjang,
    lonelyresized
  5. bermaksud Program AE mode
    Shutterspeed (exposure) dan Aperture di set secara automatik. Ini hampir serupa dengan mode automatik namun anda masih berkuasa untuk mengawal exposure dan akan disesuaikan secara automatik oleh kamera anda untuk saiz aperture mengikut pilihan exposure.
  6. Ikon Empat Segi Panjang - Mode automatik.
  7. Ikon Wajah – Mode yang telah disetkan sesuai untuk potret atau gambar manusia.
  8. Ikon Gunung – Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi lanskap serta permandangan.
  9. Ikon Bunga – Mode yang telah disetkan sesuai untuk gamba makro dan close-up (gambar dekat).
  10. Ikon Orang Berlari -  Mode yang telah disetkan sesuai untuk fotografi sukan atau pergerakan pantas.
  11. Ikon Bintang atau Bulan - Mode yang telah disetkan sesuai untuk kegunaan fotografi di waktu malam.
  12. Ikon Kilat yang Dipangkah - Mode yang telah disetkan untuk memaksa kamera tidak menggunakan Flash.

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

9 Langkah Mudah Memilih Kamera


"Kamera DSLR apa yang patut saya beli?", soalan yang biasa ditanyakan kepada kami untuk memilih kamera DSLR paling baik. Ternyata pemilikan DSLR bukan lagi sesuatu yang janggal di kalangan pengguna umum. Namun, persoalannya, yang mana satu paling baik? yang mana satu patut anda beli? dan yang mana satu dapat memberikan kepuasan?
Jawapannya..ia terletak di tangan anda :)
Sememangnya tiada jawapan khusus untuk soalan tersebut. Masing-masing pengeluar mempunyai kelebihan masing-masing walau tak dinafikan antara pelopor paling hebat adalah Canon dan Nikon. Namun, jangan jadikan jenama atau brand ini sebagai penghalang untuk anda memiliki jenama lain. Jadi untuk entri kali ni,Fotogu.Com ingin menawarkan 9 tips  mudah untuk anda memilih DSLR. Semoga bermanfaat~
1. Kenalpasti Kemahuan Anda
  • Ramai pembeli kamera DSLR membeli kamera yang mempunyai kemampuan melebihi dari keperluan mereka. (Membazir bukan?)
  • Kini tanya diri anda soalan-soalan di bawah sebelum anda pergi ke kedai kamera
1. Untuk apa kamera anda akan digunakan? (perkahwinan?hobi?)
2. Apakah jenis fotografi yang anda akan lakukan? (Potret, lanskap, makro, sukan)
3. Apakah suasana/tempat yang kamera anda akan digunakan ? (Di dalam bilik, luar bilik, suasana dengan cahaya rendah atau kawasan terang?)
4. Adakah anda pengguna mod automatik atau anda ingin belajar lebih teknik fotografi?
5. Apakah tahap pengalaman yang anda dengan kamera?
6. Apakah jenis kemampuan kamera yang anda cari? (zoom, image stabilization, layar LCD besar dll.)
7. Adakah saiz dan mampu bawa adalah menjadi keutamaan anda?
8. Berapa anggaran bajet anda?
2. Megapixel Bukan Segalanya
  • Kalau dulu bila nak beli kamera, ramai yang akan bertanya, " Berapa megapixel kamera ni?"... atau "12 Megapixel?Mesti baguskan kamera ni?"
  • Sebenarnya memiliki kamera beresolusi tinggi BELUM TENTU bermakna kamera itu bagus secara amnya.
  • Kamera beresolusi 5 Megapixel sebenarnya sudah cukup baik sekiranya anda hanya menggunakan kamera anda itu untuk mencetak atau print di atas kertas A4 dan saiz ke bawah.
  • Jadi, megapixel bukan segalanya.
3. Jangan Lupa Tentang 'Kelengkapan Lain'
  • Ops..anda mungkin dapat membeli kamera digital yang mahal TAPI jangan lupa anda masih perlu membeli kelengkapan/aksesori lain dan mereka juga memerlukan duit seperti:
1. Bag / Bekas kamera
2. Kad Memori
3. Bateri tambahan
4. Lensa (sekiranya anda menggunakan DSLR)
5. Filter (sekiranya anda menggunakan DSLR)
6. Tripod
7. Flash
4. Pernah Memiliki Kamera Digital Sebelum ini?
  • Seboleh-bolehnya beli kamera yang anda boleh gunakan barang/aksesori dari kamera sebelum ini untuk digunakan pada kamera baru anda seperti kad memori, lensa, flash, atau pun bateri.
5. DSLR atau Kamera Kompak/Point and Shoot(PnS)?
  • Mungkin ramai yang menganggap bahawa DSLR lebih baik daripada kamera kompak/kamera kecil, pendapat sebegini ada benarnya dan ada tidak.
  • Harus diingat bahawa DSLR juga mempunyai kelemahan dan kamera PnS juga ada yang mempunyai kelebihan daripada DSLR.
  • Jadi buat lah pertimbangan sewajarnya sebelum anda membeli DSLR atau pun membeli kamera kompak? Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan secara melulu.
6. Kuasa Zoom Optikal
  • Kuasa zoom tidak dapat dinafikan lagi mampu untuk menembak (baca: menangkap gambar) pada jarak lebih jauh.
  • Jangan terpedaya dengan zoom digital (kadang-kadang ada yang sampai 12x) kerana ia tidak memberi kesan yang ketara terhadap gambar anda bahkan mungkin menyebabkan gambar anda lebih teruk daripada biasa.
  • Lihatlah pada zoom optikal atau optical zoom yang lebih besar (pilih '4x zoom' berbanding '3x zoom').
  • Bagi pengguna DSLR, carilah lensa yang menawarkan julat (range) zoom yang terbaik untuk kegunaan anda seperti 18-135mm (wide dan tele sekaligus).
7. Baca Review
  • Gunakan komputer + internet anda di rumah. Carilah artikel berkaitan dengan kamera yang anda ingin beli sebelum ke kedai. Luangkan MASA.
  • Jurujual di kedai mungkin tidak tahu banyak mengenai kamera yang anda nak beli kerana tugas mereka hanya melariskan jualan. (bukan semua)
  • Tugas mengenalpasti kelebihan sesuatu kamera adalah TUGAS ANDA.
8. Pergi ke Kedai dan CUBA
  • Buang perasaan malu dan pergi ke kedai untuk cuba kamera yang anda mahukan.
  • Cubalah selagi mana dibenarkan(Jangan sampai rosak sudah~) dan gunakan setiap butang yang ada pada badan kamera tersebut.
  • Cuba tanya diri anda adakah anda selesa memegang kamera tersebut dan butan-butang tersebut mudah untuk ditekan?
9. Tawar-Menawar
  • Jangan malu untuk membuka MULUT. berbincang dengan jurujual dan dapatkan harga terbaik.
  • Kalau tak dapat kurangkan harga, mintaklah sesuatu dari mereka seperti UV filter free, tripod, bag dan jugak potongan harga untuk aksesori tambahan.
  • Percayalah, penjual kedai sememangnya mahukan duit anda. Jika mereka tidak dapat banyak, untung sedikit pun dah kira OK untuk mereka.

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

3 Teknik Foto Menarik Dengan Kamera Biasa


Teknik tersebut dinamakan dengan teknik ‘silhouette’.
Silhouette atau dalam bahasa melayunya, bayangan hitam adalah antara teknik fotografi yang bermain dengan cahaya persekitaran atau selalu kita dengar perkataan yang digunakan, background lighting. Teknik digunakan BUKAN untuk mencipta butir-butir gambar yang jelas mahupun mencari keseimbangan exposure.
Teknik ini mengambil kira hanya bayangan objek dengan meletakkan cahaya di belakang objek lebih terang daripada objek fokus yang hendak diambil di hadapan. Haa.. paham ka ni?hehe~ :P
Kalau cerita panjang-panjang pun tapi kita  tak tengok hasilnye macam mana pun tak guna jugak betul kan?
So sebenarnye kat bawah ini adalah antara hasil silhoutte,
Wedding of The Year - Along n Uda Res
Menarik bukan? walaupun kita tahu ia adalah ibarat ‘gambar gelap’, namun ‘kegelapan’ ini adalahDISENGAJAKAN di dalam teknik silhouette.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanalah agak-agaknya nak aplikasikan teknik ni pada kamera handphone anda bukan? Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com akan kongsikan,
“7 CARA MUDAH UNTUK ANDA BUAT TEKNIK FOTOGRAFI SILHOUETTE”
  1. Pilih subjek yang KUAT
    Kuat bagaimana?Haa..bukan otot yang kuat ye tapi lebih kepada objek yang mempunyai bentuk figura yang mampu dikenalpasti apakah objek tersebut. Anda mungkin mempunyai kreativiti tersendiri namun biarlah peminat anda dapat meneka apakah objek silhoutte yang anda ambil.
  2. Matikan FLASH anda
    Yep. tak semua gambar memerlukan flash, jadi anda hanya perlu matikan flash kamera anda kerana kita perlu mengurangkan cahaya yang menerangi objek tersebut.
  3. Pastikan kedudukan sumber CAHAYABiasnya kita mengambil gambar dengan membelakangkan sumber cahaya supaya objek menjadi terang bukan?Haa..kali ini anda kena berfikir terbalik pulak. Kebiasaanya silhoutte dapat dihasilkan dengan meletakkan kamera anda bertentangan dengan sumber cahaya tersebut. Antara contoh sumber cahaya adalah lampu, tetingkap, ataupun matahari.
  4. BINGKAIKAN gambar silhouette anda
    Ambillah gambar anda dengan menggunakan berlatar belakangkan permandangan yang rata tetapi terang seperti langit atau pun tetingkap(seperti gambar di atas).
  5. Pastikan gambar silhouette anda dapat DITEKA
    Bila anda ingin menggunakan teknik, cuba seboleh-bolehnya untuk mendapatkan objek yang hendak di’silhouette’kan tersebut terasing daripada objek-objek yang mampu menghilangkan fokus pemerhati gambar anda. Contohnya silhouette yang tidak bagus adalah seperti gambar di bawah,
    silhouette tak bagus
  6. Gunakan Mode MANUALKadangkala bila menggunakan mode automatik, kamera anda terlalu bijak dengan dapat mengesan bahawa objek anda berada dalam keadaan gelap, jadi secara automatisnya ia akan membetulkan kembali setting kamera supaya objek yang anda hendak ambil menjadi terang.
    Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, ambil satu gambar menggunakan mode auto. Lihat kepada setting yang disetkan oleh kamera anda dan ubah setting tersebut supaya gambar menjadi lebih gelap samada dengan mengurankan ISO, mengurangkan exposure, meninggikan apertureataupun memperlahankan shutter speed. Carilah setting terbaik :) .
    Untuk kamera handphone, anda boleh mengubah setting exposure yang tedapat pada kamera anda. Ikon exposure kebiasaanya berbentuk ‘matahari’, cuba untuk mengurangkan exposure tersebut satu persatu.
  7. Cuba mempelbagaikan GAMBARAnda mungkin perlu mengambil lebih dari satu gambar dengan mempelbagaikan sudut mengambil gambar (angle) ataupun variasi dalam setting kamera anda. Ini kerana mungkin di dalam kamera ia tampak lawa namun apabila anda pulang ke rumah dan lihat gambar tesebut di dalam komputer, anda mungkin kecewa.
    Jadi, luangkan sedikit masa lagi untuk mengambil lebih banyak gambar daripada anda menyesal di kemudian hari dan tidak mampu berpatah balik.

CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com

Bermain Dengan Shutter Speed


APA ITU SHUTTER?
Seperti yang telah Fotogu.Com ceritakan dalam entri yang lepas mengenai mekanisme kamera digital, kita perlu tahu yang terdapat banyak elemen dalam kamera yang memainkan peranan masing-masing dalam merekod dan memastikan gambar disimpan di dalam filem mahupun kad memori.
Antara bahagian yang penting adalah SHUTTER. Shutter atau rana sebenanya terletak di dalam kamera anda (di belakang cermin pantulan) di mana apabila gambar hendak diambil, bilah atau rana lensa akan terbuka dan tertutup selepas satu jangka masa yang ditetapkan. Jom tengok video di bawah untuk kefahaman yang lebih mudah,
Secara asasnya, ketika shutter itu terbuka, ketika itulah proses merekod gambar terjadi ke atas sensor/filem kamera anda. Mudah kan? Jom tengok pelajaran seterusnya. :)
JADI APA ITU SHUTTER SPEED (KELAJUAN SHUTTER)?

Apa yang perlu anda tahu tentang kelajuan shutter ini ialah sebenarnya MASA yang dibenarkan oleh kamera untuk filem/sensor terdedah kepada cahaya yang  datang dari arah depan yakni lensa dengan membuka shutter tersebut ketika proses tangkapan gambar berlaku.
Atau bahasa mudahnya, JUMLAH MASA shutter dibuka.
Unit masa untuk shutter speed adalah dikira dalam saat (second). Contohnya, 1 saat, 0.5 saat, 1/60 saat dan sebagainya.
Sebagai penambah kefahaman, sekiranya anda memilih 1/60 di kamera anda, ini bermakna shutter akan dibuka selama 0.017 saat.
Dalam entri konsep tiga segi pendedahan (exposure) juga telah diterangkan serba sedikit mengenai shutter speed ini. Sekiranya masa yang diberikan untuk shutter ini dibuka lebih lama, seperti  maka gambar anda akan menjadi lebih terang dan objek mungkin dapat dilihat dengan jelas pada penghujung hasilnya nanti. Namun, harus diingat, shutter speed yang terlalu lama adalah tidak bagus kerana ia akan menghasilkan gegaran (shake) terhadap gambar tesebut KECUALI anda memang sengaja hendak memiliki gambar yang blur tapi masih dikategorikan gambar yang cantik seperti,
Picture2
Mengapa shutter speed yang lama akan menghasilkan gegaran?Ini kerana kamera anda tidak mampu untuk merekod gambar yang anda ambil ke atas sensor/filem kamera yang tidak tetap pada kedudukannya dengan tangan kita yang bergoyang dan tidak seimbang. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, anda boleh:
  1. mempercepatkan shutter speed pada tetapan kamera anda.
  2. menggunakan ISO yang lebih tinggi (berhati-hati dengan ISO yang tinggi akan menimbulkan noise).
  3. menggunakan tripod. (seperti gambar air terjun di atas)
  4. menggunakan saiz bukaan lensa (lens aperture) yang lebih luas seperti f/2.8 atau f4.0. (kita akan bincangkan dalam entri seterusnya :) ).
Picture3
SHUTTER SPEED APA YANG SESUAI UNTUK SAYA?
Anda masih buntu hendak menggunakan tetapan apa untuk shutter speed pada kamera anda? Berikut adalah tips-tips dari Fotogu.Com mengenai shutter speed,
  • Untuk kamera yang dipegang dengan tangan (bukan diletakkan di atas tripod), untuk cahaya yang sederhana, tetapan shutter speed yang paling sesuai adalah 1/60s atau yang lebih laju. Ini kerana sekiranya kurang daripada 1/60s, kemungkinan gambar untuk menghasilkan gegaran adalah tinggi.
  • Gunakan TRIPOD sekiranya anda berhasrat untuk mengambil gambar dengan shutter speed yang lebih perlahan daripada 1/60s.
  • Sekiranya anda memilih untuk shutter speed yan lebih laju sebanyak satu peringkat, cuba untuk menaikkan saiz bukaan aperture sebanyak satu peringkat supaya gambar masih terang dan tidak terlalu gelap. Contoh, pada mulanya anda memilih 1/60s (shutter speed) dan f/4.0 (aperture), jadi untuk memiliki gambar yang masih terang dan dapat dilihat cuba untuk gunakan 1/125s (shutter) dan f/3.5 (aperture). Jangan pening2 naa.. nanti kita bincang lagi ^_^
  • Cuba tanya diri anda samada anda mahukan gambar yang terang dan tajam ataupun gambar yang mempunyai kesan pergerakan dalam foto tersebut.
  • Gambar yang mempunyai kesan pergerakan atau blur kerana shutter speed yang lama TIDAK SEMESTINYA TIDAK BAGUS. Ada jurugambar yang menggunakan teknik blur atau gegar sebagai seni fotografi mereka. Contoh yang paling mudah ialah,
IMG_7265
atau
fountain





CREDIT TO ~ http://www.fotogu.com