27 June 2012

Oh! Domino's Pizza Berbumbung Salib Kristian di Dua Lokasi Berbeza

PERHATIAN !!


~ Penafian: Ini bukan post bersifat racist atau mencela mana-mana agama. Cuma majoriti penduduk Islam di negara ini mahukan jawapan mengapa ianya berlaku. Suratan atau kebetulan?


Dominos Pizza merupakan satu jenama Pizza yang kian popular di Malaysia. Apa yang akan Oh! Tidak bangkitkan ini bukanlah berniat apa-apa, cuma anggaplah ia sebagai satu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak tertentu sebelum menjadi lebih serius lagi. Semalam, kami menerima gambar di bawah berkenaan Domino Pizza yang berbumbungkan sebuah gereja.


Gambar di bawah ini adalah Domino Pizza di Setiawan, Perak Darul Ridzuan.












* Anda boleh membaca kisah lengkap di blog ini DI SINI !!


Selepas melihat gambar ini, kami tidak rasa apa-apa dan mungkin ianya hanya kebetulan semata-mata. Lagipun kita ke Domino Pizza untuk makan dan kewujudan gereja di situ langsung tak menjadi apa-apa masalah. Maka kami biarkan ia begitu sahaja. Sehinggalah sebentar tadi kami menerima satu lagi gambar berikut dari followers OH! Media (melalui email). 


Kali ini lokasinya di Kulaijaya,lokasinya di Bandar Putra. Jalan menuju ke IOI Mall. [ lihat gambar dibawah ]



Screenshot email yang kami terima


Bila dah dua gambar kami terima, apa yang boleh kami simpulkan ianya bukan kebetulan tetapi seakan disengajakan. Secara logiknya anda boleh fikirkan. Ini setakat 2 gambar yang kami terima. Berkemungkinan banyak lagi tempat di luar sana yang diwujudkan dengan keadaan yang sama. Apakah motif Dominos Pizza yang sebenarnya? Mohon pihak berkaitan menjelaskan agar keadaan tidak menjadi makin teruk.


Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Adakah ianya masih lagi kebetulan?


pihak Admin sertakan juga pandangan dari Ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus mengenai posting dari seorang follower beliau di facebook. lihat gambar di bawah.



Penjelasan :: Ustaz Azhar Idrus berkenaan artikel di Oh! Tidak.  Post berkenaan 


langsung tidak berkaitan dengan racist. Usahlah salah sangka. Ianya hanya sebagai 


rujukan umat Islam di negara ini. Kita di Malaysia sememangnya hidup sayang-


menyayangi antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. 



~ fikir-fikirkan dan renungkan..
































source :: oh ! media
:: http://www.aduanrakyat.com.my

















































01 June 2012

Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Mari lihat gambar-gambar yang diambil oleh blogger sekitar rumah ini.


Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya..antaranya : 



Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.










Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.


Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.




Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.




Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi nie versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

Versi 7 -Sinopsis lak yg aq dgr,nabilla nie kne dera ngan mak die yg sparuh gile.lpas tu desas desus mengatakan ada orang pernah nmpk nabila di pinggir laut danga bay menuju ke villa tersebut.crita orang lak mngatakan mayat beliau masih berada sekitar villa tersebut..mngkin disebabkan itu beliau muncul utk meminta pertolongan @ mahu mayat beliau disemadikan dgn cara yg btol..aq pn xpasti cte nie btol ke x...mane taw ape yg aq post nie dpt membantu sedikit sebanyak..

P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.. walaubagaimanapun, admin tak tahu cerita mana yang benar.. kalau korang ada apa-apa info pasal Villa Nabila ini bolehlah dikongsikan bersama kami..