31 May 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berkuatkuasa serta merta - Facebookers jaga-jaga.





Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya

29 May 2012

Kemalangan Maut Honda City. Enjin Tercampak Keluar 10 Meter













Kemalangan ngeri di Labuan yang berlaku baru-baru ini melibatkan sebuah Honda City berwarna Putih dengan nombor pendaftaran baru. Kereta yang dipandu laju ini telah menghentam sebuah pokok sehingga enjin kereta ini tercampak keluar sejauh 10 meter. Pemandu Honda City ini mati rentung di tempat kejadian. Berikut adalah gambar dan info penuh dengan kemalangan maut ini.















Lokasi : Jalan Kerupang 3 - Tg Aru
Kereta : Honda City Putih (Plate masih baru)
Status Pemandu : Mati rentung di tempat kejadian


Huraian : Menurut saksi dari kawasan perumahan berdekatan, kejadian berlaku jam 1 pagi tadi, selepas kedengaran bunyi letupan. Kereta ini melanggar sebatang pokok dalam keadaan sangat laju hingga hentaman itu menyebabkan enjinnya tercampak hampir 30 meter ke hadapan.Batang pokok tersebut masuk hingga ke tempat duduk penumpang.Menurut sumber ini sudah kali ke-3 pokok berkenaan dilanggar oleh kereta dan ini adalah yang paling teruk.
































































28 May 2012

Wartawan Sinar Harian Jumpa Lembaga Wanita dalam kereta di Bukit Lengkok.











KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.



Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.



Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.





27 May 2012

DERITA MAK NYAH TUKAR JANTINA


KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.


Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal. 


“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri. 


“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan. 


Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara. 


“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.


“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya. 


Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.


“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya. 


“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram. 


“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya. 


Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan. 


“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama. 


“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan. 


“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya. 


Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang. 


“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita. 


“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya.

23 May 2012

Sup Bayi Manusia Di China Dan Proses Pembuatannya


Kalau sup bunjut, sup kambing, sup ayam, sup daging.. Wajar dan sudah biasalah kita dengan sehari-hari. Sup ular, sup kala jengking, walaupun pelik  tapi masih sanggup di terima mata dan telinga. Tapi, kalau Sup Bayi Manusia ? Jangan kata pelik, di China Sup Bayi Manusia bukanlah hal yang pelik.
Manusia yang dipanggil sebagai mahluk paling mulia dan paling tinggi darjatnya, tapi ternyata ada juga yang tidak mempunyai hati nurani. Bahkan melebihi binatang.
Sup bayi di China

Di China, cerita dari janin/orok/bayi manusia dapat menambahkan kekuatan dan stamina tubuh lelaki. kerana itu, di China, Sup Bayi Manusia ini diberi nama “Healthy Soup”. Seakan-akan Sup yang terbuat dari janin bayi manusia berumur 6–8 bulan ini adalah halal.
Menurut testimoni dari salah seorang pengusaha pemilik pabrik di daerah Tong Wan, Taiwan, berumur 62 tahun yang mengaku sebagai pengusaha tetap “Healthy Soup”, menjelaskan khasiat “Healthy Soup” ini dapat mempertahankan kemampuannya untuk dapat berhubungan seks beberapa kali dalam semalam. Wew…[ Grrrrrr.....gyler !!! ]
Pengusaha itu tidak menyebutkan berapa harga dia membelinya. Dia hanya memberitahu harga bergantung kepada besar kecilnya bayi, serta bayi hidup atau mati dan sebagainya... 
[ MasyaALLAH...kejamnyaa :(:( ]
Salah satu restoran yang menyediakan “Healthy Soup” ada di kota Fu San-Canton. Dan jika ingin memesan “Healthy Soup” tersebut di restoran tersebut harus menggunakan kata seperti BAIKUT.
Khabarnya, bahan makanan “Healthy Soup” ini disajikan secara fresh, bukan frozen. Yang bermaksud, benar-benar bayi yang baru di lahirkan……. Selain menggunakan bayo sebagai bahan sup, restoran ini juga menyediakan ari-ari bayi sebagai bahan sup, yang dipercaya dapat meningkatkan gairah seksual dan juga ubat awet muda.

Cara pembuatan “Healthy Soup”

Proses pembuatan sup bayi.

Gambar diatas adalah salah satu janin yang siap dijadikan santapan “Healthy Soup”. Janin yang berumur 5 bulan tersebut, setelah dicuci, di letak diatas papan pemotong. bahan - bahan seperti Pachan, Tongseng, Tongkui, Keichi, Jahe, daging ayam dan Baikut, sudah disiapkan. Dan anda boleh  lihat sendiri saja di gambar ini bagaimana prosesnya dimulakan.
Lihat gambar - gambar lain.






Menurut beberapa sumber lain, janin yang dinamakan sebagai “Healthy Soup” itu, semuanya adalah janin bayi perempuan. Apakah ini merupakan akibat kebijaksanaan pemerintah China untuk mewajibkan satu anak dalam satu keluarga yg berlaku sampai sekarang atau hanya karena kegemaran orang akan makanan sehat sudah mencapai kondisi yang sangat terkutuk. Yang jelas tindakan ini adalah tindakan tidak beradab.
p/s ~ artikel ini telah di edit sedikit dari segi ayat serta tatabahasa. sumber dari artikel " gugling "






















Misteri Restoran Adik Manja Di Kuantan, Pahang

Hidupan ghaib seperti Jin dan syaitan itu sememangnya wujud dan tak mmapu kita nafikan. Memang seram bila baca kisah-kisah mistik ni lebih-lebih lagi jika pernah merasainya sendiri. Entri kali ini admin terima dari seorang pengirim berkenaan misteri sebuah restoran tinggal yang bernama Adik Manja, di Kuantan Pahang.

Dah lama aku perhatikan sebagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru…tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya ‘jiran’ berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri.

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira-kira 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai nie kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja…dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi…aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku…apa lagi terus cabut la tunggu apa lagi tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi mmg misteri gilerrr..





Anonymous said


aku membesar dulu dgn ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Penah dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.

Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org trkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.

Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.







Admin amRF :
~ SIAPA SELALU LALU JALAN GAMBANG MENGHALA ARAH KUANTAN NI, CUBALAH RISIK-RISIK TEMPAT NI KALAU BERANI. RUNGKAIKAN APA YANG MENJADI TANDA TANYA NI.



















22 May 2012

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang



Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha


cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous jugak yer hahaha

#gambar sekadar hiasan sahaja :):) peace yow!!

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.


Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran | Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadianmenakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.



Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.


* Subhanallah! Kuasa Allah SWT yang telah menunjukkan suatu keajaiban terhadap seorang ibu yang melihat kelahiran anaknya itu membawa satu bentuk hidayah. Walaubagaimanapun, admin tidak mendapat gambar yang khusus terhadap wajah al-Quran secara jelas. Semoga bayi ini menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.













Nahas helikopter di Kuching



Peta lokasi kejadian helikopter terhempas dekat Bintulu

KUCHING: Sebuah helikopter terhempas di perairan Laut China Selatan, kira-kira 80 kilometer (km) di luar pantai Bintulu semalam menyebabkan seorang pekerja pelantar minyak hilang.Bagaimanapun, sembilan lagi termasuk krew pesawat L2 Super Puma milik Malaysian Helicopter Services (MHS) itu, terselamat.
Mangsa yang hilang, dikenali Irwan Saslas Aini Salihin, 26, juruteknik D-Tech Sdn Bhd, dipercayai tenggelam bersama bangkai pesawat itu.
Pengarah Wilayah Jabatan Penerbangan Sarawak, Huang Tiong Poh. berkata pihaknya menerima laporan pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang pada kira-kira jam 2.40 petang.
Helikopter itu, yang bertolak dari Lapangan Terbang Miri, kira-kira jam 1.08 tengah hari menuju ke pelantar minyak di perairan Bintulu, mulanya membawa 16 penumpang termasuk dua krew.
Ia selamat mendarat di pelantar minyak Bayan Balingian D35 dan menurunkan enam pekerja sebelum berlepas semula ke pelantar B18 di medan Bayan A untuk penghantaran seterusnya.
Bagaimanapun, pesawat berkenaan dilaporkan hilang kira-kira jam 2.40 petang. Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat dilakukan menggunakan helikopter milik MHS dan Shell Bhd yang berpangkalan di Miri.
Huang berkata, helikopter berkenaan dikesan pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira jam 5 petang.
Petronas pula dalam kenyataannya berkata, sehingga petang semalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan.
Syarikat itu menjelaskan, pesawat dengan lapan penumpang dan dua juruterbang itu terhempas kira-kira 80 km di luar pantai Bintulu, kira-kira jam 2.30 petang, tidak lama selepas bertolak dari sebuah pelantar minyak menuju sebuah lagi pelantar.
Enam daripada penumpang pesawat itu ialah kakitangan Petronas Carigali Sdn Bhd, manakala dua lagi bekerja dengan kontraktor yang dilantik syarikat itu.
Sementara itu, di Terminal MHS di Lapangan Terbang Miri, keluarga mangsa berkerumun untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu tetapi tidak dibenarkan masuk.
Ramai yang kecewa dan pulang selepas dimaklumkan mangsa yang selamat dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, ketika kejadian keadaan laut di perairan Sarawak bergelora dengan angin kencang bertiup dari arah timur laut selaju 50 hingga 60 km/j dan laut berombak setinggi tiga sehingga 4.5 meter.




Sebuah Super Puma sedang berlepas dari pelantar minyak


Another Nightmare with MHS (Malaysian Helicopter Services)

Posted in : General, Oil & Gas News, Safety Health & Environment

MHS is building client’s ‘CONFIDENCE’ !


(Source NST) KUCHING: For the second time in three months, a helicopter en route to an offshore oil facility has crashed into the sea, this time off Bintulu.
A 26-year-old technician remains missing while seven others and the Super Puma L2̢۪s two pilots were rescued in choppy waters about 40km out in the South China Sea yesterday.
The high seas drama started when the transport helicopter, chartered by PetronasCarigali and operated by Malaysian Helicopter Services Sdn Bhd (MHS), crashed in bad weather on its way to the B18 platform in the Bayan Balingian oilfield.Seven of the eight passengers and the two pilots were found by two Petronas rescue vessels sent from Miri but there was no trace of Irwan Fasla Aini Salihin as of Press time.The survivors have been sent to the Bintulu Hospital for observation.Fasla Aini is a technician with Dettech (M) Sdn Bhd, a Petronas contractor from Miri involved in maintenance work on the unmanned B18 mini-platform.
It is understood the twin-engined aircraft experienced technical problems while on its landing approach and risked crashing into the platform.
Sources told the New Straits Times that the helicopter was minutes away from the platform when the pilot announced an “emergency” and ditched the aircraft.
“Such emergency procedures are standard practice and those who are required to fly to oil platforms must undergo such safety courses.
“Shortly before ditching the aircraft, the pilot had prepared the passengers for a crash landing at sea.
“The missing passenger might have been swept away by strong currents or he might have failed to get out of the helicopter before it sank,” the source from Bintulu said.
Department of Civil Aviation regional director Huang Tiong Poh said the helicopter was initially carrying 16 passengers heading to platforms D35 and B18.
“The helicopter departed from Miri airport at 1.08pm heading to the D35 oil platform to drop off eight passengers and was heading towards the B18 mini-platform when it lost contact with the control tower in Kota Kinabalu at 2.40pm.
“The copter never reached B18,” Huang said, adding that a search and rescue operation was immediately mounted by MHS, Petronas and Shell teams from Miri and Bintulu.
According to the Meteorological Department, sea conditions at the crash site were stormy with wind speeds of between 40 to 60 kilometres per hour, and waves of up to 4.5 metres.
A brief Petronas statement confirmed the ditching of the aircraft, that one passenger was missing and search and rescue operations were still going on.
MHS and Petronas officials declined further comment.
Federal Marine Police chief Senior Assistant Commissioner II Datuk Jalaludin Abdul Rahman said search and rescue operations were launched three hours later, after police were informed of the incident by Petronas Carigali officials in Kuala Lumpur.
“We immediately alerted our marine base in Sarawak which despatched PA29 speed-boats to the scene. By that time a Petronas Carigali tugboat had already picked up the nine survivors, who were then transferred to our boats.”
Jalaludin said owing to failing light, police would continue search and rescue operations today with the assistance of scuba divers and additional boats.
“If need be, we will summon the assistance of other agencies to find the missing person and recover the wreckage of the helicopter for the investigating team,” he said.
Department of Civil Aviation director-general Datuk Kok Soo Chon said a probe team was being assembled to investigate the cause of the crash.
Yesterday̢۪s crash was the fourth in just over a year involving helicopters belonging to MHS.
On Nov 5 last year, 20 men were plucked from the sea after the Super Puma helicopter they were in, which was chartered by ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, went down near an oil rig.
The co-pilot, Ismail Bakar, 43, was among those rescued but pilot Captain Mohd Salleh Teguh from Johor perished in the crash.
The helicopter was believed to have developed technical problems while approaching the company̢۪s Tapis B platform, about 103 nautical miles off Dungun in Terengganu. It crashed at 11.45am.
The helicopter had taken off from the Kertih Airport in Kemaman an hour earlier.
On Feb 23, the engine of a Super Puma helicopter caught fire as it was about to take off from Miri airport.
All the 14 oil rig workers and the pilot were unhurt.
On June 18 last year, a similar helicopter crashed in the South China Sea while flying to the B11 oil platform off Bintulu. There were no casualties.

Bangkai Super Puma yang terhempas di pelantar D18 dekat Bintulu semasa usaha mengeluarkannya dijalankan

Second Copter Crash in Three Months
Firdaus Abdullah; Dennis Wong; Adrian David
The New Straits Times
Wednesday, January 31, 2007

For the second time in three months, a helicopter en route to an offshore oil facility has crashed into the sea, this time off Bintulu.

A 26-year-old technician remains missing while seven others and the Super Puma L2's two pilots were rescued in choppy waters about 40km out in the South China Sea yesterday.

The high seas drama started when the transport helicopter,
chartered by Petronas Carigali and operated by Malaysian Helicopter Services Sdn Bhd (MHS), crashed in bad weather on its way to the B18 platform in the Bayan Balingian oilfield.

Seven of the eight passengers and the two pilots were found by two Petronas rescue vessels sent from Miri but there was no trace of Irwan Fasla Aini Salihin as of Press time.

The survivors have been sent to the Bintulu Hospital for observation.

Fasla Aini is a technician with Dettech (M) Sdn Bhd, a Petronas contractor from Miri involved in maintenance who worked on the unmanned B18 mini-platform.

It is understood the twin-engined aircraft experienced technical problems while on its landing approach and risked crashing into the platform.

Sources told the New Straits Times that the helicopter was minutes away from the platform when the pilot announced an "emergency" and ditched the aircraft.

"Such emergency procedures are standard practice and those who are required to fly to oil platforms must undergo such safety courses.

"Shortly before ditching the aircraft, the pilot had prepared the passengers for a crash landing at sea.

"The missing passenger might have been swept away by strong currents or he might have failed to get out of the helicopter before it sank," the source from Bintulu said.

Department of Civil Aviation regional director Huang Tiong Poh said the helicopter was initially carrying 16 passengers heading to platforms D35 and B18.

"The helicopter departed from Miri airport at 1.08pm heading to the D35 oil platform to drop off eight passengers and was heading towards the B18 mini-platform when it lost contact with the control tower in Kota Kinabalu at 2.40pm.

"The copter never reached B18," Huang said, adding that a search and rescue operation was immediately mounted by MHS, Petronas and Shell teams from Miri and Bintulu.

According to the Meteorological Department, sea conditions at the crash site were stormy with wind speeds of between 40 to 60 kilometres per hour, and waves of up to 4.5 metres.

A brief Petronas statement confirmed the ditching of the aircraft, that one passenger was missing and search and rescue operations were still going on.

MHS and Petronas officials declined further comment.

Federal Marine Police chief Senior Assistant Commissioner II Datuk Jalaludin Abdul Rahman said search and rescue operations were launched three hours later, after police were informed of the incident by Petronas Carigali officials in Kuala Lumpur.

"We immediately alerted our marine base in Sarawak which despatched PA29 speed-boats to the scene. By that time a Petronas Carigali tugboat had already picked up the nine survivors, who were then transferred to our boats."

Jalaludin said owing to failing light, police would continue search and rescue operations today with the assistance of scuba divers and additional boats.

"If need be, we will summon the assistance of other agencies to find the missing person and recover the wreckage of the helicopter for the investigating team," he said.

Department of Civil Aviation director-general Datuk Kok Soo Chon said a probe team was being assembled to investigate the cause of the crash.
Yesterday's crash was the fourth in just over a year involving helicopters belonging to MHS.

On Nov 5 last year, 20 men were plucked from the sea after the Super Puma helicopter they were in, which was chartered by ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, went down near an oil rig.

The co-pilot, Ismail Bakar, 43, was among those rescued but pilot Captain Mohd Salleh Teguh from Johor perished in the crash.

The helicopter was believed to have developed technical problems while approaching the company's Tapis B platform, about 103 nautical miles off Dungun in Terengganu. It crashed at 11.45am.

The helicopter had taken off from the Kertih Airport in Kemaman an hour earlier.

On Feb 23, the engine of a Super Puma helicopter caught fire as it was about to take off from Miri airport.

All the 14 oil rig workers and the pilot were unhurt.

On June 18 last year, a similar helicopter crashed in the South China Sea while flying to the B11 oil platform off Bintulu.

There were no casualties.

(C) 2007 The New Straits Times. via ProQuest Information and Learning Company; All Rights Reserved



Bangkai helikopter Super Puma sedang diletakan diatas dek kapal selepas dikeluarkan dari dasar laut dekat Bintulu

Body of Missing Oil Worker Found Offshore East Malaysia
Xinhua News Agency
Wednesday, January 31, 2007

The body of a male worker, who remained missing after a helicopter carrying 10 people crashed offshore East Malaysia's Sarawak State, was found on Wednesday, Malaysia's national oil company Petronas said.

"His body will be brought back to Bintulu for post mortem by the authorities. His next of kin has been informed by Petronas," the company said in a statement released here.

Petronas earlier said that a Super Puma L2, owned and operated by Malaysian Helicopter Services Sdn Bhd (MHS), ditched into the sea at about 2:30 pm on Tuesday, some 80 km offshore Bintulu, a coastal town in Sarawak.

It was carrying two pilots and eight workers aboard and transferring the workers among Petronas's oil rig platforms when the incident happened.

The other nine people aboard the helicopter survived,including the two pilots.

The dead worker was reportedly aged 22. The authorities concerned were investigating the cause of the incident.

Copyright 2007 XINHUA NEWS AGENCY.




 Bangkai helikopter Super Puma sedang diletakan diatas dek kapal selepas dikeluarkan dari dasar laut dekat Bintulu.








 *Mangsa yg terkorban dlm kejadian ini dipercayai mati lemas atau kemungkinan semasa mula2 terhempas mangsa telah pengsan terlebih dahulu kerana semasa mayatnya dikeluarkan mangsa masih berada ditempat duduknya dgn talipinggang keselamatan masih terpasang,atau seat beltnya jammed tak dpt dibuka atau mangsa panik semuanya boleh berlaku tetapi adalah disahkan yg mangsa mati lemas.