21 December 2011

kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..[ Very touching ]



Assalamualaikum. .. 
Aku cuma Ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. 
Suatu Hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan 
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. 
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia 
meminta aku Dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan 
panjang sedepa di tangan ayah.. 
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. 
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam Mata ayah. Kedua-dua 
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. 

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat 
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya 
sambil berkata, "Saya yang ambil!" 

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, 
 hayunan Dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah 
 kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik 
tak tumpah. 

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: 

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan 
 kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" 

 Malam itu, emak Dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang 
 berbirat dipenuhi calar-balar Cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. 
 Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. 

 Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang 
 takut berkata benar. 

 Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu 
 berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" 

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. 

 Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku 
 bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah 
 berasrama penuh Dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat 
 pra-universiti. 

 Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di 
 ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak Kita cemerlang 
 dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" 

 "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. 

 "Dimana Kita nak cari duit membiayai mereka?" 

 Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah Dan ibu. 
 "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" 

 Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya Dan merenung 
 wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. 

 Panggggg.... Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu 
 aku lakukan ialah menutup muka Dan menangis. 

 "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan 
 kamu, ayah akan lakukan!" 

 "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa 
 keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu 
 minyak pada pipinya yang bengkak. 

 "Kakak perempuan... . Biarlah kakak yang berhenti." 

 Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa 
 bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia Ada. Di atas pangkin tempat 
 dia lelapkan Mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . 

 "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja 
 Dan akan kirim Wang buat akak." 

 Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup 
 kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. 

 Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda 
 kampung tunggu kau kat luar!" 

 "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" 

 Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan 
 pakaian comotnya yang dipenuhi Lumpur Dan simen. "Kenapa sebut orang 
 kampung, sebutlah adik yang datang!" 

 Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang 
 akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" 

 Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup 
 tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas 
 bebutir pasir Dan tompokan simen pada pakaian adik. 

 Dalam suara antara dengar Dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa 
 orang lain kata." 

 Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia 
 mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis 
 pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." 

 Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya 
 dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. 

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku 
 lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. 

 "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." 

 "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." 

 Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. 

 "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. 

 "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan 
 serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. 

 Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja 
 keras." 
  Apalagi...aku menangis seperti selalu. 

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan 
menawarkan jawatan pengurus kepada adik. 

 "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. 

 "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik 
 ada." 

 "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. 

 "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan 
kesedihannya. 

 Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah 
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara 
 majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" 

 Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas 
 menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.. 

 "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke 
 sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai 
 kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia 
 berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah 
 sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " 
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja 
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai 
bila-bila." 
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik 
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. 
 Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini... 

10 KESALAHAN TERBESAR YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

KETAHUILAH 10 KESALAHAN TERBESAR YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar untuk mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

Terlalu banyak makan
Ia akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagia arteri otak dan sekali gus memperlahankan kuasa mental.

Merokok
Ia menyumbang kepada pengecutan otak dan boleh menyebabkan panyakit Alzheimer

Pengambilan gula yang tinggi
Terlalu banyak gula boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrien disebabkan kekurangan zat makanan dan mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak. 

Pencemaran udara
Otak merupakan penerima oksigen yang terbesar dalam sistem badan manusia. Apabila sering terdedah pada pencemaran udara, ia akan mengurangkan penghantaran sumber oksigen bersih ke otak dan secara langsung mengurangkan kecekapan fungsi otak.

Kurang tidur
Tidur memberi peluang otak berehat. Apabila seseorang mengabaikan kualiti tidur yang sempurna perlahan-lahan boleh menjejaskan sel otak sekali gus mendatangkan risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan fungsi otak.

Menutup kepala ketika sedang tidur
Tidur dengan menutup kepala akan mempertingkatkan karbon dioksida dan mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak

Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat
Ketika badan tidak sihat, secara tidak langsung juga akan memberikan efek kepada otak. Lantas memaksa diri ketika keadaan badan tidak mengizinkan mampu menyumbang kerosakan pada saraf otak pada amnya.

Berfikiran sempit
Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang itu sering berfikiran sempit maka ia boleh menyebabkan sberlakunya pengecutan di bahagian otak.

Jarang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak mampu mengalami kemunduran.

unbelievable!! stingrays surgery








mata melihat bibir tersenyum..:):)