20 April 2012

Kisah Kereta Kancil Power

Sebuah kereta Kancil telah didapati mengekori rapat dua buah kereta yang sedang berlumba, Ferrari dan Evo 7. Aksi ini memeningkan kepala polis yang membuat perangkap saman.


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan (PLUS) kelihatan sebuah kancil hitam tersadai di sebelah lane disebabkan oleh kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, iaitu pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tetapi malangnya, tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi



“Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?” tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. “A’ha rosak”, jawap pakcik tu simple aje….
“Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”, mamat Evo 7 nie bagi idea.
“Worrait gak tu..tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”
“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..Dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah kereta Ferrari datang dari belakang dan press minyak berdehem dehem kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie…lupa la pulak dia dengan kereta kancil orang tua yang diikat kat belakang kereta Evo 7 dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat kereta evo 7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya samankeretaa yg laju nie…
“Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah Ferrari, sebuah Evo 7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………sebuah kancil hitam tengah cucuk angin evo 7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!’
Hehehe kecil bukan sebarang kecil, kecil-kecil kancil, boleh juga cucuk Ferrari dan Evo 7. Kereta korang boleh? Hehehe. Lawak-lawak. Tak dapat aku nak gambarkan riak wajah polis yang tengah buat perangkap saman laju tu. 


Subhanallah! Tsunami Berbentuk Kabus

Subhanallah! Tsunami Berbentuk Kabus | Apabila menyebut tentang tsunami, kita pasti akan membayangkan derasan air yang datang daripada laut menghempas ke darat. Namun terdapat fenomena yang menakjubkan dirakam oleh seorang pemandu helikopter di Florida di mana kabus sejuk yang datang dari arah laut ini telah membentuk seperti ombak. Ia telah mewujudkan suasana seolah-olah bangunan-bangunan tersebut dilanggar oleh tsunami. Jom layan gambar tsunami berbentuk kabus. Subhanallah







Kalau dilihat dari jauh, seolah-olah kabus tersebut ingin menghempas ke arah bangunan tersebut, namun ia hanyalah ilusi kabus dan langsung tidak membahayakan sesiapa. Cuma ia mirip seperti ombak tsunami yang mahu menghempas ke darat.

17 April 2012

The Sky is Falling in Garie Australia

The photo has been taken by David Dullaway in 2009 at Garie, Australia. The huge storm was about to hit the beach. It looks like the sky is falling. So beautiful…However, I can’t imagine if the sky were really falling…


Pengajaran Dari Peristiwa Gempa Bumi

Pada hari Rabu tanggal 11 April 2012 kita semua sibuk bercerita tentang Majlis Penuh Istiadat Pertabalan Agung Yang Ke 14. Tiba-tiba kita digemparkan dengan tragedi gempa bumi yang berlaku di Lautan Hindi. Banyak negara dapat merasakan gegaran gempa bumi tersebut terutamanya di Aceh dan utara tanah air. Semua orang bimbang dan bersiap sedia untuk menghadapi tsunami setelah amaran tsunami dikeluarkan oleh badan-badan berwajib.






Ada yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daribanjir besar tsunami, sebahagian yang lain berdoa agar peristiwa tsunami yang mengorbankan banyak penduduk Aceh tidak berulang dan berlaku kepada mereka. Ramai juga yang menyebarkan fitnah-fitnah kononnya tsunami telah melanda Aceh dan sebahagian negara Lautan Hindi dengan teruknya.
Saya  merenung jauh bagi memikirkan bencana yang berlaku ini. Apabila dilihat pada orang Islam sekarang, walaupun bencana itu datang dengan teruk sekalipun sehingga menenggelamkan dunia ini, kebanyakan mereka masih lagi tidak mahu bertaubat dan mengikut ajaran Islam yang sebenar. Mereka tidak langsung berasa takut dan ingin bertaubat dari segala kesalahan yang telah dilakukan. Cuba kita lihat dari peristiwa tsunami yang lepas, tidak ramai orang yang mengalami dan melihat sendiri bencana tersebut bertaubat dan yakin terhadap kekuasaan Allah. Yang peliknya ada sebahagian sarjana beragama Islam mengeluarkan kenyataan bahawa ini bukan dari Allah dan ini hanya semata-mata bencana alam.
Jika kita lihat dari Al-Quran banyak ayat-ayat yang menjelaskan Allah menurunkan bencana yang besar bagi menenggelamkan umat-umat nabi dan rasul terdahulu atas sebab keingkaran mereka. Adakah itu juga kita kategorikan sebagai bencana alam walaupun telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud :
 “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Ruum ; 41)
Jangan hanya kita bercerita dengan penuh perasaan tentang gempa bumi atau bencana yang berlaku sebelum ini dengan penuh rasa belas kasihan kepada mangsa yang terlibat. Selain dari itu kita menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dialami oleh mangsa. Semua perbuatan ini bagus kerana kita menunjukkan sikap prihatin terhadap orang yang mengalami musibah tersebut. Alangkah baiknya jika kita bermuhasabah kembali kenapa Allah turunkan bala bencana seperti itu? Adakah disebabkan kejahatan yang telah dilakukan oleh manusia? Jika ya jawapannya, maka lebih baik kita bertaubat dan berusaha menjadi umat Islam yang bertakwa dan membuat sebanyak-banyaknya amalan kebaikan untuk bekalan kita menuju akhirat.
Alangkah ruginya kita, apabila kita mati nanti tidak ada amalan yang baik untuk dibawa ke akhirat bagi melepaskan kita dari dihumban ke dalam neraka. Di situ kita merayu dan menangis agar Allah melepaskan kita dari azab neraka agar dapat mengembalikan kita ke dunia untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin supaya kita tidak dimasukkan lagi ke dalam neraka Allah. Tetapi pada waktu itu kita sudah terlambat dan Allah tidak mengindahkan rayuan kita kerana di dunia dahulu berbagai-bagai peringatan telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran, tidak cukup dengan itu Allah mengutuskan Rasul sebagai pembawa khabar kebenaran untuk sekalian umat manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud :
 “Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (Apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: “Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami dengan membawa kebenaran, maka Adakah untuk Kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi Kami atau (bolehkah) Kami dikembalikan (ke dunia) supaya Kami dapat beramal, lain daripada apa yang Kami telah kerjakan?” Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.” (Al-Araf : 53)