29 November 2012

Seram! Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting


Seram! Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting | Mungkin ada di antara kita  masih tidak mengetahui tentang sebuah kisah seram yang berlaku di sekitar Masai, Johor. Maka kali ini kisahbest.my mahu mengajak anda mendengar sebuah cerita berkisar tetang misteri kehilangan rumah banglo yang pernah mengemparkan suatu ketika dahulu. Walaupun cerita ini sudah lama, namun ia masih lagi segar di ingatan kerana kehilangan banglo tersebut menjadi bualan misteri sehingga ke hari ini.
Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi ‘berisi’ mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?
                                            Apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.

                                               Sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011
HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.
Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.

Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.
Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.
“Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.
Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.
Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,
Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam“.. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.
Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It’s means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..
Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses ‘hand over keys’ tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam”
Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yang di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite tu, tapi entah la erk.





17 November 2012

HATI - HATI dengan sendikit PENYAMARAN mekanik jalanan


Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.

Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.

Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00

Lelaki ni kata, dia call kwn dia di Pusat Servis utk ambilkan brg di spare part yg biasa. Boleh dpt harga kurang sikit. Sy tnya harga, dia kata x tau. Lps 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dgn resit RM1500. Wa.. ni pun dh mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur dia knpa x bgtau awal2 harga. Dia minta maaf. Lps tu diorg psg, buka yg lama, letak dlm boot blkg.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nti ptg sya singgah kt Global Amity. Diorg kata x bole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun x cukup, kena ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk kerja balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorg lg) follow kt blkg naik motor. Masa ni, saya rasa mmg diaorg ni tipu & brsungguh nk duit cash, bukan tolg. Sampai UM, sy kta nk masuk library pulang buku. Diorg tgu kt parking. Kreta saya kunci. 

Lps pulang buku, sy call salesman kt Honda (GLobal Amity) & tnya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knapa? Sy kata brek sy bocor, dia tolg repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pegi ke pusat servis. Kreta ok je.

Sy pun minta bantuan pihak keselamatan UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt kreta. Lelaki 2 org tu buat x tau je. Lps tu, baru saya turun. Sy kta kt diorg, you tipu! Honda kata you x kerja kat situ. Ramesh jwb, Honda ada byk, bang. Abg buang masa saya je la. Ktaorg cuma mau tolg. Masa ni, saya snap gmbr diorg. Polis pun tanya, apa yg saya x puas hati. Lps tanya diorg pulak, apa x puas hati. Lps tu, polis kata, Ok kalau dua2 x puas hati, kita pegi buat report kat balai.

Polis suruh diorg pegi ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpai kat balai, sya buat report. Dua lelaki tu x muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lps tu sy send gmbr diorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa diorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat kerja & tukar brg, tp x dpt apa2. Cuma, polis mcm x berminat nk tahan diorg.

Ada org sebut kata2 Sydna Ali: Aku bukan penipu, tp penipu x bole tipu aku.


credit to ~  Abu Alfatih Zaki  

06 November 2012

Kisah Benar,Saka Nenek Suka Makan Janin Cucu Sendiri.


Malam itu amir rasa gelisah ade sesuatu yang menggangu fikirannya malam itu bulan cukup terang sinarnya tembus di celah celah dinding kayu yang usang rumah neneknya.


Rasa seram sejuk tak tentu arah.Amir bangun dilihatnya isterinya niza nenyak tidur  beralas bantal yang agak kusam ade sesuatu yang ingin di lihatnya amir melangkah perlahan ke bilik neneknya.

Badan amir bermandi peluh dingin suasana cukup sunyi jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi amir berjalan perlahan dalam samar api pelita.Tiba di hadapan pintu bilik neneknya dia terdengar bunyi sesuatu..bunyi nafas keras dan laju..

Daun pintu bilik neneknya di tolaknya perlahan kriukkkkkkkkkk....bau busuk memenuhi ruang..tanganya meraba raba di sudut bilik mencari pelita untuk dinyalakan..tanganya terpegang sesuatu yang agak kasar seperi rambut..ianya agak panjang tapi agak kasar.


Dinyalakan lighter kearah benda yang di peganganya darahnya tersirap  mengigil melihat rupa nenekya mukanya pucat matanya tersembul pipinya cengkung..matanya bulat memerhatinya dalam gelap..amir terus lari kebililiknya..

Ditutupnya pintu bilik rapat rapat..dalam hatinya terdetik kenapa rupa neneknya begitu kenapa dia bangun sedangkan orang tua itu sudah 2 tahun terbaring akibat serangan angin ahmar.Amir cuba baring dan melelepkan mata..akhirnya amir terlelap juga.

bagun pagi amir terasa lesu mungkin dia tak cukup tidur..amir lihat niza sibuk di dapur membuat sarapan pagi.Amir terus kebilik nenek nya..orang tua itu masih tidur matanya tertutup rapat tiada bau busuk disingkapnya kelambu neneknya.

Amir terlihat neneknya menggengam sesuatu di tanganya ...tiba tiba matanya terbuka..suaranya terketar ketar kau ambil ni..jaga dia dgn baik tiap malam jumaat kau sediakan telur rebus 3 biji kau letak di atas para..

Esoknya nenek amir meninggal dunia... meniggalkan amir seribu tandatanya haruskan dia meneruskan amalan neneknya amir binggung



(kisah ini di ceritakan oleh amir katanya neneknya memelihara saka..saka tersebut menyebabkan dia dan niza sukar mendapat zuriat sudah hampir 3 kali niza keguguran..kata amir saka itu makan janin anaknya ..waulaahualamm dah cuba membuang saka tersebut tapi dia masih gagal sehingga hari ini)