08 November 2010

Tips meningkatkan trafik blog:!!

Tips meningkatkan trafik blog:

  1. Rajin-rajin la blogwalking; baca dan tinggalkan komen di blog-blog yang anda singgah. Paling kurang pun tinggalkan jejak di shoutbox / tagboard blog tersebut; InsyaAllah sehari dua nanti paling kurang pun owner blog tersebut akan singgah juga blog korang.
  2. Jadi pembaca / pengkomen tetap di blog-blog yang anda suka baca. Bagi blog yang anda sekadar singgah tapi tak baca, elakkan mengomen sebab bukannya owner blog tu tak tahu anda mengomen sekadar atas angin je(hahaha, apa punya tips la ni…hahaha).
  3. Manfaatkan medium mempromosi blog seperti Facebook; Twitter; Negaraku; Geng Blogger dan yang lain-lain. Update link anda di Facebook dan twitter setiap kali ada entri terbaru; tapi cukuplah mengupdate sekali sahaja per entri, kalau kerap sangat akan buat orang lain rasa annoying (hingga Hide update anda di Facebook atau unfollow tweet anda….its your own risk).
  4. Jika anda punya masa lapang yang banyak setiap hari, apa kata sertai forum-forum tempatan yang ada seperti ILuvIslam, FriendKorner dan lain-lain. Aktifkan diri anda di forum, ia boleh menjadi medan membina networking. Bina perbincangan yang berkualiti, atau lontarkan idea-idea yang berisi dan elakkan menyepam thread tersebut; selain membina kredibiliti anda, ia juga membantu menjaga kredibiliti forum tersebut. Pastikan juga anda meletakkan banner blog anda pada signature forum anda, dari sini anda boleh mendapat trafik ke blog anda.
  5. Sertai contests yang dianjurkan blogger tempatan. Melalui pengalaman aku sendiri dulu, dengan menyertai pertandingan-pertandingan anjuran blogger tempatan la aku banyak mengenali blogger-blogger lain; secara tak lansung menambah trafik ke blog di samping menambahkan backlink ke blog (sebab biasanya penganjur pertandingan akan letak link jawapan anda atau link blog anda di blog mereka…hohoho).
  6. Yang paling penting sekali, update blog anda dengan konsisten dan dengan isi yang berkualiti. Sebelumpublish, tanya diri anda adakah anda berpuas hati dengan hasil tulisan anda? Adakah ia sudah cukup baik, punya isi yang relavan untuk membuatkan pembaca sanggup membaca secara keseluruhan?

credit for : http://hurulaini.net

Pelik Tapi Lagi Pelik Kalau........hahaha bace ar sendiri

Benda ni pelik tapi lagi pelik kalau ,


1 . Pelik kalau tengok motor kena pasang lampu waktu siang , tapi lagi pelik kalau moto kena saman sebab tak pasang lampu waktu siang . 


2 . Pelik kalau tengok pak cik tua menggatal dengan gadis muda , tapi lagi pelik kalau tengok gadis muda tersebut ikut layab kepala si tua sekali .


3 . Pelik kalau tengok banyak mat rempit kat shah alam , tapi lagi pelik kalau tengok banyak kereta peronda polis lepak kat shah alam . 


4 . Pelik kalau tengok budak - budak sanggup habis top - up sehari 10 ringgit telefon pakwe dengan makwe , tapi lagi pelik kalau tengok nak telefon mak bapak sehari seringgit pun susah .


5 . Pelik kalau tengok budak - budak sekarang suka main tembak je jawapan dalam exam , tapi lagi pelik kalau tengok orang tua sekarang pun suka - suka main tembak . 



~ p/s :  Ada lagi benda yang korang pelik ??


CREDIT FOR : Aus Melankolik


hairan sungguh aq...

Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan yang dijadikan Tuhan Yang Maha Esa supaya umat manusia dapat memikir dan merendah diri keatas kekuasaan Nya. Tetapi ada jugak keajaiban dan kepelikan yang dijadikan oleh umat manusia yang agak susah untuk diterima akal yang amat menghairankan kita semua. Ambillah kenyataan tersebut dibawah dengan hati terbuka dan renungilah sejenak sambil kita mencari jawapannya bersama. Pada yang berkenaan, janganlah ambil personal, cuma sebagai iktibar dan teguran yang membina.
Hairan sungguh..........
1.    Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
2.    Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.
3.    Bila kerAjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.
4.    Bila mana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
5.    Bila mana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.
6.    Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.
7.    Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.
8.    Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.
9.    Bila mana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.
10.    Bila mana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.
11.    Bila masa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!
12.    Bila masa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.
13.    Bila masa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
14.    Bila masa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
15.    Bila masa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
16.    Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem"  tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.
17.    Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
18.    Bila masa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
19.    Bila mana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.
20.    Bila masa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.
21.    Bila masa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.
22.    Bila masa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
23.     Bila masa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.  
24.    Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang lama. 
25.    Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.
26.    Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
26.    Bila mana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
27.    Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.
28.    Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.
29.    Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.
30.    Bila masa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
31.    Bila masa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.
32.    Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.
33.    Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan. 
34.    Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab "mamat@yahoo.com".
35.    Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.
36.    Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.
37.    Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.
38.    Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
39.    Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok "chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.
40.    Bila masa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya. 
41.    Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
42.    Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
43.    Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
44.    Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.
45.    Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
46.    Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton  20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
47.    Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam "Guestbook" sesuatu laman web.
48.    Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam "chat room". 
49.    Bila masa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.
50.    Bila masa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.
51.    Bila masa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni demam.
52.    Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".
53.    Bila masa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
54.    Bila mana ada orang dapat menawarkan layanan seks dalam ruangan berkenalan sesuatu laman web.
55.    Bila masa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
56.    Bila mana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.
57.    Bila masa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
58.    Bila masa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang.
59.    Bila masa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.    
60.    Bila masa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
61.    Bila mana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.
62.    Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum 
63.    Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu    lain bergaduh ditepi jalan. 
64.    Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje.....
65.    Bila mana berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut. 
66.    Bila mana setiap kali rancangan WWF disiarkan, lebih ramai orang perempuan yang menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang lelaki yang sentiasa tertidur . 
67.    Bila mana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak. 
68.    Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat. 
69.    Bila mana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu putis sekali. 
70.    Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada. 
71.    Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban. 
72.    Bila mana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama. 
73.    Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat. 
74.    Bila mana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji maseh ditakuk lama. 
75.    Bila mana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime. 
76.    Bila mana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi maseh mampu nak berlagak sombong. 
77.    Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi maseh sedap dan enak didengar berbanding lagu sekarang. 
78.    Bila mana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tak pernah siap tepat pada masa. 
79.    Bila mana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik. 
80.    Bila mana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal 
81.    Bila mana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati 
82.    Bila mana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu. 
83.    Bila mana pokok nangka sudah bleh tumbuh diatas pokok pisang (sumbangan Kamis Rahim) -kesahihan perlu dikaji
84.    Bila mana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).
85.    Bila mana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu    lembab dan membiarkan  bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal. 
86.    Bila mana ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.  
87.    Bila mana Bank Rakyat yang kononnya nak tolong rakyat mengenakan berbagai-bagai syarat pinjaman sedangkan 'ALONG' tak payah semua tu, terus dapat duit.
88.    Bila mana lampu isyarat merah dipersimpangan langsung tidak diendahkan pemandu.


credit to : http://rahsia.20m.com/Hairan.htm

Fakta Pelik Tapi Benar, Adakah Bank jujur?



Setiap dari kita dizaman yang semakin maju,pasti tahu akan betapa pentingnya Institusi perbankan kepada kehidupan kita. Semua orang memerlukannya, tak kira apa kedudukan,atau setidaknya kita dipaksa untuk menggunakan perkhidmatan perbankan.

Tapi itu sekiranya dikaji dari pihak kita,bagai mana pula di pihak perbankan? Tidak kah bank yang memerlukan kita? Boleh atau berjayakah sesuatu institusi perbankan tanpa sokongan kita?

Anda lihat beberapa fakta yang diberi dan buatlah kajian "APA KEJADAHNYA SEMUA INI?".

1. Anda simpan duit sebanyak RM1500 didalam sebuah bank. Hanya dengan sekeping kertas dan kekadang tanpa perlu tandatangan serta dalam sekelip mata wang anda ditelan(bagi yang menggunakan mesin ler)..


Esoknya anda ke bank semula dan hendak mengeluarkan RM1000..pasti borangnya nampak rumit,salinan IC kalau tak bawak jangan harap dapat wang anda ..Kena pulak tunggu giliran..tut- tup sampai giliran anda,lupa sain atau pun sain anda tak sama,masalah lah jadinya..walaupun anda tunjukkan resit masukkan wang semalam dari bank yang sama.. Pelik Tapi Benar apabila kita hendak ambil wang sendiri jadi payah.. Sebab itulah bank kaya, mereka galakkan kita simpan jangan keluar..hahahaha. .

2. Apabila ramai orang menyimpan didalam bank,wang kita akan diniagakan untuk memperoleh keuntungan yang cepat dan mudah..Apa kita dapat dari hasil pelaburan mereka?..Tanyalah diri kita samada bank bagi kita banyaaakkk atau sik-kit-sik- kit!!!. Makan bunga adalah haram bagi Muslim macam kita..Sebab itulah bank suka apabila pelanggannya ramai muslim dan musimat...Nak menarik lagi bank mengamalkan perbankan ISLAM..Ceh!! Nama aje Islam, pendekatan yang digunakan serupa malah lagi teruk..Pelik Tapi Benar apabila orang Islam sendiri tidak berani bertindak samada dari mereka yang arif serta berkemampuan. .

3. Menyediakan serta memberi kemudahan pinjaman adalah salah satu lagi cara dan teknik halus mereka mencekik wang kita. Jangan ceritalah pasal bayaran balik siap segala jenis bunga disediakan anak bunga,mak bunga hingga nenek bunga pun ada. Untung mudah bank akan dapat apabila kita terlewat bayar bila :
a) Pegawai Bank telefon-kita bayar..bukan ringgit..tapi puluh-puluh.
b) Surat Peringatan- kita bayar,walaupun bayaran kita cantik,eh!! surat sampai jugak..untung bang.sekeping surat nilainya RM10..
c) Bayaran tetap dikenakan walaupun miss sebulan,paling pahit bayaran bersama-sama dengan bunga raya dan bunga matahari..pernah tak bank jadik baik.." Encik tak yah bayarlah bulan ni..Bank belanjer..".
4. Apabila anda melakukan pertukaran wang seperti dari Ringgit ke Syiling..Pernahkah anda kira nilainya cukup ? Anda tukar nilai RM100 ,duit syiling yang anda dapat hanya RM97..Hebat bukan!! Bagaimana pula sekiranya anda mahu bertanyakan baki simpanan?? Paling kurang pun RM3 dicedok dari pokek anda..Mereka yang menggunakan kad lagilah seronok dikerjakan.Pelik Tapi Benar apabila tiada siapapun dari kita dapat pastikan nilai wang yang disimpan sebenarnya makin banyak!!!! Paling sadis kita pulak berhutang ngan bank..

5. Proses transaksi antara yang berlainan Bank,terutamanya yang kerap menggunakan Cek, banyak ketidak adilan sebenarnya.. Hakikat yang Pelik Tapi Benar harus kita akui,semakin mudah urus niaga yang disediakan oleh mereka seperti penggunaan Cek,sebenarnya lebih sedap hingga menjilat jari mereka dapat menyapu jenama khir toyo duit kita..

Sebenarnya masih banyak perkara-perkara Pelik Tapi Benar apabila kita berbicara tentang bank..tapi kemana dan dimanakah arah kita untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku?..

Sebelum menutup bicara,fikirkan selamat atau boleh JUJURKAH mereka sekiranya kita menyimpan di institusi kewangan lain selain Bank, seperti KWSP,PTPTN,AMANAH SAHAM DAN YANG SEJENIS..


credit to : http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/38067-fakta-pelik-tapi-benar-adakah-bank-jujur.html

20 sifat wajib dan mustahil ALLAH yang perlu kita ketahui

sifat 20, sifat wajib, 20 sifat wajib yang perlu kita ketahui, 20 sifat mustahil Allah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Diantara 20 sifat wajib yang perlu kita ketahui bagi umat islam ialah seperti berikut.     

1.Wujud
Ertinya Allah itu ada.  Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini.  Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.
2.Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.  Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk.  Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.
3. Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya.  Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa.  Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.
4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk.  Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.
5. Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya.  Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.
6. Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.  Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.
7Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa.  Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.
8. Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya.  Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.
9. Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.  Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya.  Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini.  Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.
10.Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup.  Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.
11. Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.  Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.
12. Basar
Ertinya Allah bersifat melihat.  Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan.
13 Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman.  Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik.  Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran.  Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.
14. Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa.  Mustahil Allah dalam keadaan lemah.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.
15. Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.
16. Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.
17. Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.
18. Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.
19. Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.