05 December 2010

jANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)



UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembeda han . Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.


lagi info...

bAHaya paNadol@paracetamol!


Panadol..tahukah anda bahawa panadol sangat berbahaya? Mengikut statistic, panadol atau ubat tahan sakit yang lain adalah merupakan salah satu bahan utama orang membunuh diri. Malah, panadol juga merupakan punca kematian tertinggi akibat keracunan disebabkan tersalah makan oleh kanak-kanak. Tapi kenapa panadol berbahaya?Panadol@ paracetamol atau nama saintifiknye acetaminophen merupakan salah satu painkiller utama yang sering diambil untuk menghilangkan sakit. Panadol dikira efektif dan lain dari painkiller yang lain (ponstan, aspirin) kerana ia bertindak terus ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit. Panadol dikakatakan lebih berbahaya dari penyalahgunaan steroid adalah kerana panadol mudah didapati serta dijual di merata tempat. Maka, kebanyakan orang yang ingin membunuh diri memiloih panadol disebabkan factor ini.Panadol@ paracetamol berbahaya jika diambil selalu, ataupun diambil sekaligus. Had atau limit bagi seseorang dalam masa 24 jam untuk menyebabkan ketoksikan hati adalah 7.5 g (atau = 13 biji ). Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk. Seringkali kita dengar orang yang cuba membunuh diri dengan menelan 40 biji panadol, tidak mati, tapi orang itu hatinya akan rosak teruk. Ini kerana, panadol akan dikumuhkan di hati. Pengumpulan panadol@paracetamol akan menyebabkan lebihan dan menyebabkan keracunan di hati.

p/s : sumber ini aquh dapati dari laman facebook.com/mieys iaitu notes yang sedia untuk d'kongsi bersama,harap maklum

No comments: