10 December 2011

DNA Babi : Penafian Ramly burger Dan Jakim

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG STATUS HALAL FRANKFURTER JENAMA RAMLY
Jumaat, 02 Disember 2011 05:52

1. Jakim melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak soalan dan aduan berkenaan status halal produk frankfurter jenama Ramly.

2. Susulan daripada aduab tersebut, Bahagian ini telah melakukan siasatan bersama Kemeterian Kesihatan Malaysia dan mengambil sampel produk dari kilang tersebut dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujikaji pada 14 November 2011.

3. Untuk makluman semua, hasil keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sample yang dihantar mengesahkan produk tersebut tudak mengandungi DNA babi seperti yang didakwa.

4. Dengan pengesahan ini, pengguna tidak perlu merasa was-was terhadap produk tersebut yang masih memegang Sijil Halal Malaysia sehingga 14 Januari 2012.

5. Pihak Jakim sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.

6. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu halal semua pihak diminta untuk merujukmelalui laman web Bahagian Hab Halalhttp://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial. Sebarang pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03-83150200.

Sumber : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/kenyataan-media/256-kenyataan-media-berhubung-status-halal-frankfurter-jenama-ramly














No comments: