24 March 2011

Tips mudah yang mengubah kehidupan anda?

blog motivasi, tips motivasi
Perkara yang perlu anda buat adalah:
 
1.Setiap malam sebelum tidur, senaraikan 6 perkara yang akan anda lakukan keesokkan harinya.
 
2. Kenalpasti perkara yang penting dan segera yang perlu dilakukan antara aktiviti tersebut. Rankingkan ia. Letak ‘list’ tersebut di atas meja.
 
3. Apabila bangun daripada tidur, lihat perkara tersebut dan mula melakukannya berdasarkan keutamaan.
 
4.Teruskan melakukan perkara tersebut sehinggalah hari anda tamat.
 
Usah risau jika anda tidak dapat melakukan atau menyelesaikan kesemua aktiviti tersebut. Sekurang-kurangnya anda telah maju kehadapan berbanding orang yang lain dengan melakukan perkara penting. Hatta walaupun perkara yang pertama pun belum berjaya diselesaikan. Hal ini kerana anda sedang melakukan perkara yang utama.

Pengalaman saya mengenai tips ini adalah, kadang-kala saya sedikit malas untuk mengikutnya kerana terpengaruh melakukan perkara lain yang kurang penting. Tetapi apabila melihat senarai ini, membuat saya sedikit sedar mengenainya. Lama-kelamaan perasaan bersalah ini bertambah dan terusnya melakukannya.
 
Selamat mencuba tips ini. Apa kata anda cuba dan praktikannya. 
Salam inspirasi. :-)

No comments: